Sepatutnya PAS bersama dengan DAP, bukan percaya cakap Arul dan 1MDB ujar Pengerusi DAP Sarawak

Pengerusi DAP Sarawak menuduh PAS menjadi “cawangan Umno” selepas parti Islam itu diberi penerangan oleh presiden dan pengarah eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai pelan rasionalisasi hutang firma itu pada Isnin.

Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) juga mendakwa PAS dilihat memuji firma pelaburan milik kerajaan itu.

“Nampaknya PAS sudah jadi cawangan Umno. Mereka memuji 1MDB,” katanya di Dewan Rakyat disambut kritikan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian selepas Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) menjelaskan keputusan ketua eksekutif 1MDB memberi penerangan kepada partinya baru-baru ini.

Terdahulu, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS berkata, parti itu meminta penjelasan daripada 1MDB selepas 6 soalan berkaitan 1MDB ditolak Dewan Rakyat minggu lepas.

“Disebabkan itu, kami meminta 1MDB memberi penjelasan kepada kami. Orang lain juga boleh bertanya atau menjemput Arul,” katanya.

Sebelum itu, Lim Lip Eng (DAP-Segambut) bangun meminta kebenaran untuk bercakap, berdasarkan kepada Perintah Tetap 43 yang menyatakan keputusan speaker Dewan Rakyat adalah muktamad.

“Speaker berkata soalan 1MDB adalah sub judis dan tidak boleh dibawa ke Dewan. Usul saya (kepada speaker) juga ditolak. Tetapi kami melihat kerajaan menghantar ‘machai’ mereka daripada 1MDB untuk beri penerangan kepada PAS,” tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana