SEMAKIN RAMAI PENEROKA FELDA MAHU KEMBALI

Pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada 17,679 peneroka yang tidak bersama Felda untuk kembali bersama agensi itu terus mendapat respons positif dalam kalangan mereka yang terlibat.

Kira-kira 50 peneroka di Gugusan Felda Chini di sini termasuk yang pernah menyaman Felda tidak mahu melepaskan peluang untuk kembali bersama agensi itu, seterusnya menikmati pelbagai insentif yang diberikan.

Seorang daripada mereka, Ahmad Sanusi Basri, 59, dari Felda Chini 1 berkata, dia berbesar hati kerana Perdana Menteri sudi menawarkan insentif tersebut meskipun telah mencalarkan imej Felda.

“Terima kasih PM da Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Abu Bakar Harun kerana memberi peluang kepada kami untuk terus bersama Felda dan menikmati insentif yang ditawarkan.

“Saya tidak mahu meneruskan saman tersebut bukan kerana insentif semata-mata tetapi sedar tindakan kami salah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment