Saya sedia sumpah laknat - Ahmad Zahid

BALING 5 Ogos - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa beliau bersedia untuk bersumpah laknat berhubung pendedahannya tentang satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden UMNO itu juga berkata, beliau tidak gentar dengan cabaran itu ekoran pendedahannya kerana mempunyai bukti iaitu rakaman daripada pertemuannya dengan pemimpin yang merancang konspirasi itu.

“Saya ada rakaman dan gambar tentang pertemuan dengan orang itu. Saya simpan rakaman itu dan ia dinaratif.

“Saya sedia sahut cabaran dan sanggup sumpah laknat di masjid mana-mana pun bahawa yang merancang cuba jatuhkan Perdana Menteri adalah orang itu bukan saya.

“Tetapi orang itu juga mesti sanggup bersumpah juga,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Akhbar melaporkan Ahmad Zahid mengakui mempunyai rakaman yang membuktikan dirinya tidak terlibat dalam sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti didakwa pembangkang.

Naib Presiden yang juga menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO berkata, pertemuannya dengan seorang bekas pemimpin parti yang berlangsung pada 2015 itu juga atas keizinan Perdana Menteri.

Selain itu beliau berkata, beliau juga sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan rasuah ke atasnya oleh pembangkang. - UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana