SALAHKAN UMNO SUDAH JADI “PROSEDUR STANDARD OPERASI” PPBM

Tindakan menyalahkan pihak lain kerana kelemahan dan kesilapan sendiri adalah ‘prosedur standard operasi’ (SOP) parti pembangkang di negara ini.

Ini juga yang diamalkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelmarin apabila program ‘Nothing to Hide’ yang mereka anjurkan kecoh, pemimpin PPBM,PKR, DAP dan PAN terus menuding jari kepada UMNO dan Perdana Menteri sebagai ‘puncanya’ kejadian itu

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin menegaskan Pemuda mengecam tindakan pihak yang sengaja mencetuskan huru-hara yang berunsur keganasan dalam mana-mana forum atau keramaian.

Bagi sebuah negara yang bebas berpolitik, Sesiapa juga bebas untuk mengeluarkan pandangan, asalkan bukan kata-kata yang berbau hasutan dan fitnah, kata Saiful Hazizy dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengulas mengenai tuduhan parti pembangkang terhadap UMNO selepas program Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam Selangor kelmarin dicemari dengan insiden membaling mercun suar dan kerusi.

Kekecohan itu berlaku semasa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang menjawab pertanyaan para peserta forum itu.

Menurut Saiful Hazizy lagi,kekecohan itu diyakini berlaku kerana kekecewaan peserta setelah tidak dilayan oleh Dr. Mahathir yang enggan menjawab pertanyaan mereka.

Pemuda UNMNO percaya wujud protes dalaman di kalangan Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada) PPBM yang tidak yakin dengan sifat ‘kebudak-budakan’ pemimpin sayap muda parti itu dan kredibiliti Dr. Mahathir yang tidak konsisten pegangannya kebelakangan ini.

“Kami percaya Armada dan PPBM kini sedang berada di ambang kejatuhan berikutan hilangnya keyakinan dan kepercayaan ahli akar umbi .terhadap pemimpin parti itu, ” jelas Saiful Hazizy yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Sebelum ini, Exco Armada mempersoalkan kegagalan Dr.Mahathir untuk menjelaskan kepada ahli PPBM mengenai kekayaan yang diperolehi anak-anaknya dalam masa yang singkat.- Kedahnews.com.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana