RCI KERUGIAN AS$10 BILION BNM BERLANGSUNG HARI INI

Prosiding siasatan kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an untuk kali pertama akan berlangsung di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan prosiding bagi siasatan itu yang terbuka kepada orang ramai akan bermula jam 9.30 pagi.

Kenyataan itu turut menyebut Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh BNM sekitar 1990-An ditubuhkan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Memetik laporan BH Online, Suruhanjaya siasatan itu dianggotai Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Sidek Hassan selaku Pengerusi suruhanjaya; Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail selaku Setiausaha, dengan empat lagi individu dilantik sebagai ahli suruhanjaya.

Mereka ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon serta Ahli Institut Akauntan Malaysia dan Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia, K Pushpanathan.

Pada 15 Februari lalu, kerajaan mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas (PPK) yang diketuai Mohd Sidek untuk menyiasat dakwaan skandal kewangan terbesar membabitkan kerugian berbilion ringgit dialami BNM dalam perdagangan mata wang asing pada 1990-an dan mengemukakan syornya.

Pada 21 Jun lalu, laporan akhir PPK mendedahkan wujud kes prima facie dalam kerugian urus niaga mata wang asing (forex) BNM. Pasukan itu juga mendapati jumlah kerugian urus niaga berkenaan jauh lebih besar daripada angka dimaklumkan kepada Parlimen dan Jemaah Menteri lebih 20 tahun lalu.

PPK mengesyorkan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengakhiri isu ini demi masa depan negara. – AntaraPos

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana