RCI: BNM catat kerugian RM31.5 bilion antara 1991-1994

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kes kerugian akibat urus niaga asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an hari ini membuat kesimpulan bahawa bank pusat itu telah mencatatkan kerugian kira-kira RM31.5 bilion ekoran skandal berkenaan.

Kesimpulan itu dimaklumkan Pengerusinya Tan Sri Mohd Sidek Hassan di hujung prosiding hari kedua suruhanjaya itu, hari ini.

Menurutnya, kerugian itu dicatatkan antara 1991 sehingga 1994.

"Kami telah membuat kesimpulan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah rugi antara RM31.5 bilion .

"Walaubagaimanapun, angka tersebut tersembunyi dalam laporan BNM.

"Kami perlu menyiasat siapa yang minta supaya ia disembunyikan," katanya sebentar tadi.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Haniff Khatri Abdulla membantah 'kesimpulan' berkenaan.

"Sebarang penemuan harus dibuat pada akhir pendengaran. Suruhanjaya itu tidak sepatutnya membuat kesimpulan kerana penemuannya mungkin berbeza," katanya kepada pemberita selepas prosiding selesai sebentar tadi.

Prosiding bagi menyiasat skandal tersebut dijadualkan berlangsung selama 10 hari akan didengar oleh panel yang dipengerusikan oleh Mohd Sidek.

Turut menganggotai ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.

Suruhanjaya itu yang ditubuhkan pada 15 Julai lalu dan keanggotaannya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

Mohd Sidek sebelum ini menegaskan, prosiding RCI adalah berbeza dengan perbicaraan mahkamah yang mana ia terdiri daripada pendakwa raya, malahan RCI ditubuhkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana