Rakaman jumpa Dr Mahathir 2015....Zahid sedia sumpah di mana-mana masjid

Siapa agaknya yang berpeluh sekarang dalam isu dakwaan kononnya Datuk Seri Zahid Hamidi ada jumpa Tun Dr Mahathir Mohamad 10 hari selepas dilantik jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2015 untuk minta bantuannya jatuhkan Datuk seri Najib Tun Razak?

Setelah buat pendedahan semasa rasmi mesyuarat UMNO Bahagian Jerlun Jumaat beliau ada rakaman perbualan semasa pertemuan itu,Timbalan Perdana Menteri tampil untuk elak sebarang keraguan mengenainya.

Berucap rasmi mesyuarat UMNO bahagian Baling Sabtu,beliau buat pengakuan sedia sahut cabaran mana-mana pihak yang dakwa beliau berbohong ada rakaman itu.

Ini dipercayai ekoran adanya puak pembangkang main di media sosial kononnya Timbalan Perdana Menteri 'gempak' saja ada rakaman itu.

Seperti semasa buat pendedahan semalam,Zahid juga tidak sebut nama Dr Mahathir tetapi merujuk kepadabnya sebagai 'orang itu'.

Beliau memberitahu perwakilan UMNO Bahagian yang diketua Datuk Seri Azeez Rahim itu selain beliau sendiri ada rakaman itu salinannya juga ada ditangan pihak yang berkenaan ( tanpa sebut siapa).

Serentak dengan itu Zahid menjelaskan mengenai dakwaan yang dibuat oleh Dr Mahathir beliau ada RM230 juta semasa buat pengisytiharan harta padanya ( sewaktu Zahid ketua Pemuda UMNO dan beliau Perdana Menteri pada 1998).

Zahid menjelaskan sewaktu itu beliau adalah seorang ahli perniagaan dan berjawatan Ketua Pemdua UMNO Malaysia.

Katanya beliau tidak ada sebarang jawatan dalam kerajaan.

Menurutya RM230 juta itu bukanlah dalam bentuk tunai.

Kata Zahid waktu itu beliau memegang jawatan dalam beberapa syarikat besar.

"Dia paksa saya isytihar aset...saya Ketua Pemuda (UMNO Malaysia wkatu itu) ...saya tak ada jawatan dalam kerajaan...saya ahli perniagaan,"katanya.

Timbalan perdana Menteri kata beliau sedia disiasat oleh pihak SPRM mengenai hal itu untuk membersihkan dirinya.

Namun katanya,SPRM juga harus siasat aset orang itu ( Dr Mahathir).

Zahid kata beliau terpaksa menjelaskan hal ini semua kerana jika tidak orang akan kata dakwaan itu smeuanya betul.

Beliau mempersoalkan tindak tanduk Dr Mahathir yang boleh buat muka kering berbohong berkali-kali.

Katanya beliau seorang negarawan sepatutnya buat perangai seperti seorang negarawan.

Zahid juga ulangi beliau tidak akan gigit tangan orang yang beri makan padanya (PM).

Katanya beliau kenal PM selama 30 tahun sejak berkerja dengannya sebagai Setiausaha Politik di Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1997.

Menurut Zahid setelah kenal begitu lama beliau amat yakin kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana