Rafizi gesa PKR adakan kongres muktamadkan kerjasama dengan PAS...Kalau Dah Terdesak Macam Inilah Jadinya

SHAH ALAM: Konflik kerjasama antara PAS-PKR mendorong seorang pemimpin parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesyorkan untuk parti itu mengadakan kongres khas peringkat kebangsaan bagi memutuskan mengenai perkara itu.

Naib Presidennya Rafizi Ramli berkata, ketika ini wujud dua kumpulan saling bertentangan dalam parti itu dan masing-masing membawa pendapat berbeza mengenai cara bagaimana PAS perlu ditangani.

Ujar beliau, kewujudan dua kumpulan berbeza pendapat itu mengelirukan akar umbi kerana ada antara mereka turut memegang jawatan kanan di peringkat Pakatan Harapan (PH).

Keadaan itu, kata Rafizi, sudah berlaku sejak pertengahan 2015 dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada persedian gabungan berkenaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Pembahagian pimpinan mengikut pendapat masing-masing sebegini berlaku dari peringkat biro politik ke MPP (Majlis Pimpinan Pusat), hinggalah ke peringkat akar umbi.

"Oleh yang demikian, sampai masanya (persoalan kerjasama dengan PAS) diputuskan secara menyeluruh mengikut perlembagaan parti supaya jalan buntu itu diselesaikan mengikut kaedah terbaik, iaitu demokrasi.

"Saya mengesyorkan kongres khas kebangsaan diadakan dengan segera untuk memutuskan perkara ini dengan melibatkan pengundian perwakilan cabang-cabang PKR dari seluruh negara seperti yang diperuntukkan perlembagaan parti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali sekali lagi memberi bayangan bahawa parti itu akan mengadakan rundingan dengan PAS berhubung kerjasama di Selangor.

Beliau juga turut menegaskan, rundingan itu berlaku hanya antara PKR dan PAS dan tidak melibatkan PH.

Isu kerjasama ini kembali hangat selepas tersebarnya gambar kunjungan beliau bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Malah Wan Azizah juga berkata tidak menolak kemungkinan jalinan kerjasama berikutan membawa misi yang sama dalam kalangan pembangkang iaitu menumbangkan Umno-BN.

Namun PAS menegaskan bahawa pendirian mereka masih sama iaitu tiada kerjasama akan berlaku selepas ia diputuskan pada Mei lalu.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali pula menegaskan partinya tidak akan mengadakan rundingan kerjasama politik dengan PKR walaupun atas nama individu.

Menjelaskan lagi tentang dua kumpulan berkenaan, Rafizi berkata, ia terbahagi antara kumpulan pragmatik dan percaya kepada prinsip.

Katanya, satu kumpulan berpendapat keutamaan tertinggi parti ialah mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor, manakala satu lagi berpandangan PKR mempunyai tanggungjawab moral untuk terus membela rakyat melalui gabungan pembangkang berpandukan keadilan sosial dan merangkumi semua pihak.

"Kumpulan ini meletakkan tanggungjawab itu mengatasi kepentingan memenangi kerusi kerana prinsip dan rekod perjuangan adalah lebih penting daripada pragmatisme politik untuk berkuasa semata-mata.

"Kemenangan yang menampakkan PKR sanggup mengorbankan prinsip perjuangan akan menyebabkan PKR dilihat tidak berbeza dengan Umno atau parti-parti lain," katanya.

Malah Rafizi turut menyenaraikan sejumlah nama yang didakwanya menyokong usaha untuk terus berunding dengan PAS ialah Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, Xavier Jeyakumar dan Dr Shaharuddin Badaruddin.

Pemimpin lain termasuk Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, anggota Biro Politik PKR R Sivarasa, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi).

Pemimpin yang tidak bersetuju untuk berunding dengan PAS dan mahu PKR meneruskan komitmen dengan PH ialah Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution, Nik Nazmi Nik Ahmad (Ketua Pemuda), Datin Tan Yew Kew (Bendahari), Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan), Datuk Johari Abdul (Ketua Whip PKR) dan William Leong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana