Rafizi cemas, raih simpati media dapatkan liputan

 Susulan beberapa kes perbicaraan dan siasatan polis melibatkan Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli bermula minggu ini, beliau sendiri telah menyenaraikan jadualnya dan disebarkan kepada media hari ini.

Tindakan beliau itu dilihat agak cemas dan cuba mendapatkan liputan daripada banyak media bagi memperoleh simpati daripada masyarakat amnya.


Dengan harapan ingin dilihat sebagai ‘hero negara’ yang berani kononnya menentang kezaliman kerajaan terhadap rakyat, Rafizi sebelum ini aktif dalam menyebarkan propaganda pembangkang bagi menjatuhkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau dalam kenyataan tersebut menjelaskan yang dirinya akan berdepan dengan beberapa kes serentak dan siasatan polis keatas satu kes baru.

Beliau juga memaklumkan perkara itu bagi memudahkan para media untuk menyusun jadual masing-masing dengan harapan bagi mendapatkan liputan penuh daripada setiap agensi.

Tidak cukup dari itu, Rafizi juga akan mengeluarkan satu kenyataan khusus mengenai perkara tersebut dalam masa yang terdekat.

Inilah permainan politik jahat Rafizi yang semua sedia maklum apabila tidak pernah serik menabur fitnah hingga memakan dirinya sendiri.

Berikut kenyataan media yang dikeluarkan Rafizi:-

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rakan-rakan media

*KES-KES PERBICARAAN DAN SIASATAN POLIS MELIBATKAN AHLI PARLIMEN PANDAN MINGGU BERMULA 21 OGOS 2017*

Saya akan berdepan dengan beberapa kes serentak minggu ini dan siasatan polis ke atas satu kes baru. Saya maklumkan disini untuk memudahkan rakan-rakan media menyusun jadual masing-masing.

1) Perbicaraan dakwaan memfitnah Tabung Haji (criminal defamation) di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan

Bermula hari ini, Isnin (21 Ogos 2017) selama seminggu sehingga Khamis (24 Ogos 2017) jam 9 pagi sehingga 5 petang. Perbicaraan penuh dan pihak pendakwaraya akan memulakan kes hari ini.

Saya akan diwakili peguam-peguam Gobind Singh Deo, Saiful Izham Ramli, Ahmad Nizam Hamid, Adi Zulkarnain, Haijan Omar, Nik Zarith Nik Moustopha, Falihin Kamil dan Ashraf Othman.

Antara saksi-saksi yang berpotensi di subpoena untuk memberi keterangan termasuklah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas Gabenor Bank Negara), Tan Sri Ismee Ismail (bekas CEO Tabung Haji) dan Dato Seri Azeez Abdul Rahim (Pengerusi Tabung Haji).

Perbicaraan di Mahkamah Majistret Jenayah 4, Aras 4, Sayap Kiri, Kompleks Mahkamah KL di hadapan Majistret Puan Umzarul An Nur Binti Umar

2) Perbicaraan dakwaan di bawah BAFIA kes skandal NFC

Peguam-peguam saya memfailkan hujahan pada hari ini. Hakim akan memutuskan sama ada saya dipanggil membela diri pada 21 September 2017.

3) Keputusan rayuan hukuman penjara setahun setengah kes OSA

Keputusan akan dibacakan Hakim YA Datuk Azman Abdullah pada hari Rabu, 23 Ogos 2017 jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 3, Tingkat 4 (di depan lif sayap kanan).

4) Keterangan kes baru berkenaan 1MDB/Arab Saudi/Prasarana

Saya telah dimaklumkan saya kini disiasat atas 3 kenyataan saya berhubung urusniaga yang melibatkan Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi (pelaburan Saudi Aramco di dalam RAPID, kehadiran tentera Malaysia di Arab Saudi dan kerugian yang ditanggung rakyat Malaysia akibat operasi keretapi di Saudi oleh Prasarana).

Saya akan memberi keterangan pada jam 5 petang di IPD Dang Wangi pada hari ini, Isnin 21 Ogos 2017.

Saya akan mengeluarkan kenyataan khusus mengenai perkara ini sekejap lagi.

Terima kasih atas kerjasama rakan-rakan media.

*Rafizi Ramli*

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana