Rafizi akui PKR di ambang perpecahan, wujud dua kumpulan bergelut

Itulah yang dapat digambarkan terhadap kestabilan politik dalaman PKR yang sedang bergelut menghadapi krisis perpecahan di kalangan ahli susulan wujudnya dua kumpulan yang berbeza matlamat dalam parti tersebut.

Telahan ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan media menerusi Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa parti itu telah terbahagi kepada dua kumpulan.

Menurut Rafizi, perbezaan matlamat dikalangan pucuk pemimpin PKR untuk menjalinkan kerjasama politik dengan PAS pada PRU ke-14 telah menjerumuskan parti itu kepada dua kumpulan.

“Hakikatnya, perbezaan pendapat itu berlarutan sejak pertengahan 2015 hingga sekarang di antara dua pemikiran berbeza di dalam PKR.

“Pimpinan kanan PKR baik di Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memang berbeza pendapat mengenai perkara ini sejak sebelum pun Pakatan Harapan ditubuhkan.

“Malah semasa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan dan saya mengaturkan langkah-langkah sebelum dan selepas itu, kumpulan yang tidak bersetuju dengan
penubuhan Pakatan Harapan telah mengumpul satu petisyen untuk memecat saya dari jawatan Setiausaha
Agung pada ketika itu,” jelas Rafizi.

Dipercayai kenyataan media Rafizi yang dikeluarkan pada Ahad hanyalah edaran kepada dalaman ahli PKR sahaja.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, satu pihak dalam PKR merasakan keutamaan parti yang tertinggi ialah mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor.

“Oleh itu, sebarang keputusan politik PKR mestilah mengambil kira terlebih dahulu kesannya kepada penguasaan PKR sebagai tonggak kerajaan Selangor,” katanya.

Rafizi menjelaskan, perbezaan pendapat dalam perkara besar yang berlanjutan panjang seperti ini akan meresahkan mana-mana parti.

“Ramai juga pimpinan yang menjadi serba salah kerana perbezaan pendapat di antara dua pihak seperti ini dan kelihatan tersepit di tengah-tengah.

“Perbezaan pendapat ini juga telah membahagikan parti ini kepada dua kumpulan sejak kebelakangan ini
sehinggakan mengelirukan akar umbi untuk meneka pandangan setiap pemimpin pusat.

“Oleh kerana ada di kalangan pemimpin pusat yang turut memegang jawatan kanan di peringkat Pakatan Harapan, perbezaan pendapat ini ada kesan kepada persediaan PRU14,” jelasnya lagi.

Menurut Rafizi, kumpulan yang bersetuju dengan Timbalan Presiden PKR untuk terus berunding dengan PAS termasuklah tiga orang Naib Presiden iaitu Tian Chua, Shamsul Iskandar dan Xavier Jeyakumar.

“Dr Shaharuddin pula bertindak menjadi wakil rundingan PKR dan PAS. Pimpinan lain yang bersetuju ialah Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin, ahli-ahli Biro Politik iaitu Sivarasa Rasiah, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Kamaruddin Jaafar, Fahmi Fadzil dan Surendren.

“Ahli MPP yang menyokong tindakan Azmin ialah Elizabeth Wong, Hee Loy Sian, Siti Aaishah Sheikh Ismail, Dr Mohamad Nur Manuty, Latheefa Koya, Afif Baharuddin dan Haniza Talha,” katanya lagi.

Manakala menurut Rafizi, di satu pihak yang tidak bersetuju dan mahukan komitmen penuh kepada Pakatan Harapan, selain dirinya sendiri termasuklah Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ketua AMk Nik Nazmi dan Bendahari Agung Datin Paduka Tan Yew Kew.

“Kumpulan ini juga disokong oleh Biro Politik parti iaitu Ketua Penerangan Syed Ibrahim Syed Noh, Datuk
Johari Abdul, Pengarah Strategi Sim Tze Tzin, Fariz Musa, William Leong, Jeneral (B) Datuk Hadi dan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew.

“Pimpinan lain yang berpendapat begini di peringkat MPP antaranya ialah Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, Wong Chen, Rodziah Ismail, Fuziah Salleh, Manivanan, Gooi Hsiao Loong, Azan Ismail, Dr Idris Ahmad, Dr Azman Ismail, Hassan Karim dan Aminuddin Haron,” jelas Rafizi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana