Pusat Perkhidmatan Boon Poh Diserbu...Padan Muka Kau

BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pusat perkhidmatan exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh.

Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu diiringi pegawai SPRM masuk ke dalam kenderaan suruhanjaya itu menuju ke pusat perkhidmatnya yang terletak di Jalan Ong Yi How kira-kira pukul 12.15 tengah hari Ahad.

Beliau kemudiannya dibawa ke pusat perkhidmatannya di sebuah rumah kedai dua tingkat dengan pegawai SPRM menghabiskan masa lebih sejam menggeledah premis itu.

Kira-kira pukul 1.25 petang, Boon Poh yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga diiringi keluar dari premis itu dalam keadaan bergari.

Boon Poh direman selama lima hari bagi membantu siasatan ke sebuah kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Bukti Mertajam.

Seorang pengurus dan anak lelakinya yang juga pengarah kilang itu turut direman selama lima hari.
Boon Poh yang juga Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang ditahan SPRM  ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri itu.
Pejabatnya yang terletak di tingkat 53 Komtar turut diserbu pegawai SPRM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana