Pujukan penyejuk jiwa...Bagi Umat Islam Bunuh Diri Satu DOSA BESAR

Kuala Lumpur: “Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Sebagai Muslim perbuatan ini (bunuh diri) dosa besar,” kata anggota Polis Bantuan Pos Malaysia, Azizul Abd Aziz, 42, terhadap seorang wanita tempatan yang cuba terjun dari jambatan menghubungkan laluan dari Bangunan Dayabumi ke Pasar Seni, di sini.

Dalam kejadian jam 3.20 petang kelmarin, mangsa berusia 30-an itu menarik perhatian orang ramai yang melihatnya duduk di tebing jambatan itu.

Azizul berkata, dia mengetahui kejadian itu dari rakan setugasnya dan segera ke lokasi kejadian.

“Ketika itu, saya lihat orang ramai menjerit dalam usaha menghalang mangsa wanita itu daripada terjun dari atas jambatan.

“Ada anggota polis peronda berada di lokasi itu dan saya minta kebenaran daripada mereka untuk memujuk mangsa,” katanya.

Azizul berkata, dia mendekati wanita itu dan cuba berbual.

“Dari jauh wanita itu seperti pelancong asing namun tanggapan saya salah apabila wanita itu bertutur dalam bahasa Melayu.

“Saya memujuk mangsa dan pada ketika itu dia menangis dan menceritakan masalahnya.

“Wanita itu mendakwa baru putus cinta dan ditinggalkan teman lelakinya,” katanya yang berusaha memujuk mangsa lebih 30 minit.

Menurutnya, wanita itu akhirnya membatalkan hasrat membunuh diri selepas dia berjanji mahu membantu mangsa.

“Saya menyerahkan wanita terbabit kepada anggota polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tindakan berani Azizul itu mendapat pujian netizen di sosial media yang kebanyakannya menganggap perbuatanya tindakan wajar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana