PRU14: PAS HANYA ADA DUA PILIHAN SAMA ADA BERSAMA PH ATAU BN – SYED AZMAN...APA HAL KAU SEBOK?

PAS hanya ada dua pilihan untuk mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sama ada menyertai Pakatan Harapan (PH) dengan mengenepikan konflik dengan DAP atau bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Wakil rakyat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang kerap dikaitkan Amanah berkata menjelang PRU14 PAS perlu membuat pilihan dengan segera kerana ia boleh mengubah senario politik negara.

“Saya daripada awal lagi melihat bahawa untuk mengalahkan BN parti pembangkang mesti bersatu dan berada dalam satu kondisi yang sama.

“Ia tidak ada pilihan ketiga Sama ada bersama dengan BN atau Pakatan Harapan,” katanya kepada Antarapos.

ADUN Batu Burok ini menegaskan pertandingan satu lawan satu antara parti pembangkang dan parti pemerintah memainkan peranan dalam memacu kejayaan Pakatan Harapan menawan Putrajaya.

“Jadi langkah PAS membuka ruang untuk berunding sekurang-kurangnya dengan PKR walaupun masih dalam peringkat PKR bukan dengan peringkat Pakatan Harapan tapi itu satu langkah positif yang awal,” katanya.

Awal minggu ini Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata parti itu masih berusaha untuk dan memujuk PAS bagi mewujudkan kerjasama politik menjelang PRU14.

Bagaimanapun beliau berkata usaha dan perbincangan tersebut merupakan inisiatif daripada PKR dan bukannya atas kapasiti PH atau komponen lain.

Perlu cari titik pertemuan dapatkan kerjasama PAS

Syed Azman menambah langkah PAS membuka ruang untuk mengadakan rundingan PKR memberi satu harapan untuk semua parti pembangkang bergabung di bawah satu konsensus yang besar.

“Perlu dicari satu titik pertemuan agar PAS dapat bersama-sama dengan Pakatan Harapan kerana musuh kita dalam PRU14 adalah Umno-BN,” katanya,

Namun beliau menambah laluan sukar akan dihadapi sekiranya PAS tetap dengan pendirian tidak akan menyertai PH sebaliknya sedang memperkasakan blok pembangkang ketiga bagi menghadapi PRU14.

“Tujuan dan matlamat kita dalam PRU14 ini adalah untuk menumbangkan Umno-BN, jadi ini adalah keutamaan kita,” katanya.

Bagaimanapun Syed Azman yang sering dilihat hadir dalam program anjuran PH mengalu-alukan langkah PAS itu dan berharap ia akan membawa ke arah kerjasama dengan parti pembangkang yang lain.

“Jadi saya mengalu-alukan sebahagian daripada pimpinan PAS yang mahu membuka ruang rundingan.

“Selagi lagi saya nak tekankan bahawa tidak ada pilihan ketiga sama ada bersama dengan Pakatan Harapan atau BN,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana