“PRU14 PALING KOTOR”: TUNGGU APA FITNAH YANG NURUL IZZAH AKAN LONTARKAN NANTI

Sangat mengujakan apabila membaca kenyataan dari kenyataan dari Naib Presiden PKR ini. Kenapa mengujakan? Kerana penulis ingin tahu, apakah strategi yang bakal digunakan oleh Nurul Izzah untuk memenangi pilihanraya nanti.

Lembah Pantai menjadi saksi, bagaimana palitan fitnah busuk Nurul Izzah sehari sebelum hari mengundi PRU 13 berjaya menumbangkan seorang Menteri Wilayah Persekutuan. Hebat penangan aura syaitan ke atas manusia. Raja Nong Chik, yang terkenal dengan kerja keras dan khidmat kepada rakyat, terpaksa akur dengan kehebatan maha fitnah karya Nurul Izzah itu pada saat akhir menjelang hari mengundi sehingga tidak sempat untuk memberi penerangan sebenar kepada rakyat. Hasilnya, Raja Nong Chik tewas dengan majoriti 1,847 undi.

Ini bukan rekayasa, mahu pun fitnah. Nurul Izzah telah mengemukakan permohonan maaf terbuka sebagai syarat selesai kes saman oleh Raja Nong Chik. Antaranya berbunyi:

“Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.
Persetankan ayat “mendapati terdapat kesilapan”, kerana itu hanyalah alasan untuk strategi “damage control”. Konon-kononnya tidak sengaja lah tu!

Dengan kepercayaan Nurul Izzah bahawa PRU14 lebih kotor, kita juga tertanya-tanya, apa jenis fitnah syaitanirrajim yang bakal dijadikan jampi dan azimat penentu kejayaannya nanti. Raja Nong Chik pernah menjadi korban demi sebuah kemenangan berelaunkan ahli parlimen sepenggal, tunggu siapa bakal “tumbal” seterusnya untuk PRU14.

Klise, itulah kesimpulan yang boleh penulis katakan. Bukan bapok, tetapi lapuk, strategi yang sedang digunakan oleh Nurul Izzah. Tiap kali musim pilihanraya menjelma, halwa telinga kita disajikan alunan yang sama. Sejak ayahnya disumbat ke dalam penjara atas kesalahan meliwat sewaktu era Mahathir, sehinggalah PRU 13 yang lalu, itulah lagu berdondang dendang mereka dalam usaha untuk menanam persepsi di minda rakyat.

PRU paling kotor, tetapi sehingga sekarang tiada apa yang dapat mereka buktikan tentang tuduhan tersebut. Karma, Nurul Izzah pula dibuktikan gunakan taktik kotor ketika PRU.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana