PPBM bukan ancaman UMNO – Syed Ali

Parti serpihan terbaharu UMNO iaitu PPBM tidak mampu memberi ancaman besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata perkara itu disebabkan pengundi Melayu akan memilih parti pemerintah sedia ada yang berwibawa serta mempunyai rekod cemerlang.

“Dalam keadaan tiada pilihan itu, orang Melayu pasti akan terus mengekalkan sokongan mereka kepada UMNO seperti mana berlaku pada PRU ke-13, biarpun keputusan pada ketika itu agak mengecewakan,” dakwanya dalam catatan terbaharu dalam laman blognya.

Tambah beliau lagi, hanya kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mampu melakukan yang terbaik demi kepentingan orang Melayu walaupun terdapat penganalisis politik melontarkan hujah bahawa UMNO berhadapan laluan sukar kerana ancaman parti Bunga Raya itu.

Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras menjelaskan bahawa orang Melayu tidak sebegitu mudah untuk memberi keyakinan kepada PPBM yang bersekongkol dengan parti rasis seperti DAP biarpun Pakatan Harapan menonjolkan imej bekas pemimpin UMNO iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam struktur terbaharu mereka.

“Penonjolan keterlaluan Dr Mahatahir dan Anwar bertujuan mengemis simpati dan sokongan pengundi dan tidak akan memberi impak besar kepada kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Selain itu tindakan menghalalkan cara ke atas isu membabitkan perseteruan Anwar dengan Dr Mahathir juga tidak mengundang keyakinan kepada pengundi sejauhmana kekuatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Syed Ali mengingatkan pimpinan UMNO supaya bijak untuk menggunakan kelemahan dan ketidaksepakatan blok pembangkang menjelang PRU akan datang.

“Jangan ketika tarikh PRU diumumkan, baharu pemimpin UMNO hendak turun padang, perbuatan sedemikian hanya mengundang kebencian pengundi,” tegasnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana