Polis tahan polis....Penjawatan Seperti ini Wajib Dibuang KERJA Merosakkan Nama Baik PDRM Saja

KUCHING: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan lima anggota pangkat rendah, ditahan malam tadi dan awal pagi ini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan peras ugut.

Mereka yang berusia antara 25 tahun dan 53 tahun ditahan di rumah serta tempat kerja di Kuching, Padawan dan Lundu, dalam serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota D7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dev Kumar, berkata semua suspek ditahan selepas dua ahli perniagaan berusia 44 tahun dan 65 tahun membuat laporan polis, masing-masing di Batu Kawa dan Sematan, mendakwa kumpulan pegawai dan anggota polis itu memeras wang daripada mereka.

"Mereka ditahan di antara jam 10 malam tadi dan 3 pagi ini dalam serbuan yang diketuai oleh Deputi Superintendan Sarifudin Mustaffa.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuching untuk perintah tahanan reman pagi ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana