Polis buka kertas siasatan kes Dr Mahathir tuduh Zahid...

Polis telah buka kertas siasatan kes dakwaan kononnya Datuk Seri Zahid Hamidi jumpa Tun Dr Mahathir Mohamd pada 2015 minta bantuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kertas siasatan dibuka setelah polis terima laporan dari dua belah pihak.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata siasatan akan dibuat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 500 iaitu jenayah fitnah.

Ditemui wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur beliau memberitahu dalam proses siasatan Dr Mahathir akan dipanggil beri keterangan.

"Kami akan memanggil setiap orang yang terlibat.

"Jangan bimbang, kami akan meneliti semua laporan dengan terperinci dan akan menyerahkannya kepada pihak pendakwaraya untuk membuat keputusan," katanya.

Zahid telah nafi dakwaan Dr Mahathir beliau jumpanya pada 2015 untuk minta bantuan jatuhkan Najib.

Sebaliknya kata Timbalan Perdana Menteri bahawa bekas Perdana Menteri itu yang beritahu mengenai rancangannya hendak jatuhkan Perdana Menteri sewaktu pertemuan berkenaan.

Katanya beliau ada rakaman perbualan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana