PM ulangi tidak mahu jadi populis untuk dapat sokongan rakyat…

Biasalah bila makin dekat dengan pilihanraya umum ke 14 ini blok pembangkang akan hidangkan orangramai dengan pelbagai janji bulan dan bintang termasuk nak hapuskan GST,pentabiran yang tip top dan itu ini…percuma.

Janji memang murah…sebaliknya tidak payah pergi jauh.Cuba selak balik manifesto pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang.

Ada berderet-deret janji yang tinggal janji.

Begitu juga janji nak manush GST .Cakap senang …tapi dimana mereka nak korek lebih RM41 billion tampung dana perbelanjaan kerajaan yang kurang kerana kejatuhan harga minyak dunia?

Atas sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berganjak dari pendiriannya bahawa beliau bahawa kerajaan BN pimpinanya tidak akan menjadi populis – yakni tabur janji kosong - hanya untuk memenangi sokongan daripada rakyat.

Beliau ulangi pendirian itu semasa berucap di depan komuniti perniagaan Malaysia di Forum Ekonomi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) 2017 di Kuala Lumpur Selasa.

Perdana Menteri membidas puak pembangkang yang galak sebar pembohongan untuk memburukkan segala langkah kerajaan termausk bawa pelaburan dari China.

“Mereka menyebarkan dakyah demi kepentingan politik. Mereka langsung tidak ada niat kebaikan dalam hati mereka untuk negara dan rakyat,” katanya.

Mengenai GST,Najib berkata pembangkang  tidak ada jawapan bagaimana mereka akan mencari hasil RM41 bilion daripada langkah GST yang diperoleh tahun lalu.

"Biar saya ingatkan anda bahawa ahli politik pembangkang yang memberi amaran mengenai pelaburan China adalah ahli politik yang sama mahukan GST dimansuhkan  dengan tiada jawapan mengenai bagaimana mereka akan mendapat pendapatan RM41 bilion yang diperoleh daripada GST tahun lepas, " katanya.

Najib berkata sukar baginya memenuhi kesemua permintaan pihak atau rakyat yang membawa harapan tinggi ketika datang menemuinya termasuk di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Tetapi, Perdana Menteri berkata rakyat harus sedar bahawa beliau tidak dapat merealisasikan setiap jangkaan mereka yang berharap dapat melihat keinginan mereka diluluskan.

"Inilah yang sentiasa menjadi cabaran semasa memegang jawatan ini, " katanya.

Beliau beri jaminan kerajaan akan meneruskan program-program pembaharuan yang telah diiktiraf oleh pakar di seluruh dunia, untuk berkhidmat kepada rakyat dan memastikan Malaysia meneruskan perjalanannya menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Najib berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk negara walaupun ia sering menjadi cabaran buatnya sebagai Perdana Menteri.

"Saya tidak akan mengabaikan tanggungjawab saya selagi rakyat mahukan saya untuk terus memimpin negara ini. Saya akan lakukan yang terbaik. Saya beri jaminan bahawa terdapat kerajaan yang adil dan akan terus memacu ke arah negara yang lebih baik," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana