PM ucap tahniah kepada Sultan Mizan pecah rekod Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang merangkul pingat emas dan mencipta rekod baharu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara sukan kuda lasak kategori individu.

"Patik dan seluruh rakyat Malaysia merafak sembah tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mizan yang mencatat sejarah sebagai Sultan pertama meraih pingat emas Sukan SEA.

"Saat membanggakan untuk semua rakyat Malaysia! #BangkitBersama #KL2017 #SukanSEA2017, " kata Najib dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Sultan Mizan, yang tiba di garisan penamat pada 8.18 pagi dengan catatan masa tiga jam 48 minit 38 saat, meleburkan rekod enam jam 26 minit dan empat saat yang dibuat atlet Malaysia iaitu pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sulaiman Muda.

Jumlah purata kelajuan ialah 20:994 kilometer sejam. Baginda, yang memakai jersi nombor 111 memulakan perlumbaan sejauh 80 kilometer (km), pada pukul 3 pagi tadi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong.

Penyertaan baginda adalah pertama kali dalam sejarah temasya sukan dwitahunan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana