PM relaks saja jawab di Dewan Rakyat isu bayaran 1MDB pada IPIC…

Tidak boleh cara itu.Mereka cuba cara ini.Ibarat kata pembangkang macam rasa mengigau tidak boleh tidor malam selagi tidak boleh putar bagi gambaran kepada rakyat konon kerajaan tengah gabra habis pasal isu 1MDB.

Ini merujuk kepada isu terbaru 1MDB ‘ miss’ tempoh bayar kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC)  sebanyak USD $602.5 juta yang dijadualkan pada kelmarin  31 Julai, 2017.

Bayaran berkenaan adalah sebahagian dari penyelesaian hutang yang dicapai antara IMDB dan IPIC.

Sebaliknya 1MDB pada Selasa,semalam keluarkan kenyataan media memberitahu ia sudah memaklumkan secara bertulis kepada IPIC bayaran itu akan dibuat pada Ogos 2017 kerana masih menunggu dana sewajarnya yang sepatutnya diterima pada Julai 2017.

Laporan sebelum ini menyatakan pembayaran sebanyak US$603 juta (kira-kira RM2.58 bilion) daripada 1MDB kepada IPIC adalah sebahagian daripada penyelesaian membabitkan pertikaian hutang.

Sebenarnya seperti juga mana-mana manusia biasa bab terlewat sikit bayar adalah soal biasa dalam urusan perniagaan seperti ini.

ia bukan kes cabut ghaib tidak mahu bayar.

Apa lagi kelewatan sikit bayar itu ada sebab seperti yang telah dijelaskan oleh 1MDB.

Pada pagi Rabu…Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh cuba tembak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pasal ‘miss’ tempoh itu semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Dakwanya ia boleh jejaskan keyakinan pada ekonomi Malaysia.

Dalam soalan itu Wan Azizah juga seolah bersyarah panjang mendakwa ekonomi tidak sebagus digambarkan kerajaan termasuk bagi contoh remeh.

Najib nampak relaks sahaja menjawab soal 1MDB ‘miss’ tempoh 31 Julai bayar kepada IPIC.

Beliau menjelaskan ia cuma soal teknikal saja dan bukan IMDB tidak boleh bayar.

Katanya kelewatan sikit itu tidak akan menjejaskan keyakinan keatas ekonomi Malaysia.

Perdana Menteri kata IMDB sudah mengeluarkan kenyataan mengenai hal itu semalam.

Menyentuh dakwaan Wan Azizah yang cuba gambarkan ekonomi Malaysia sekarang ini suram,Najib anggap itu sudah kerja pembangkang.

"Walaupun itu bukan soalan tambahan sebaliknya syarahan mini, tetapi tak apa saya terima kerana itu memang kerja pembangkang. Kalau tak buat begitu, payahlah daripada segi politik," katanya.
Katanya ekonomi Malaysia tetap steady dan hutang negara juga terkawal.

Perdana Menteri juga beri jaminan kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah terbaik untuk rakyat.

Namun katanya kerajaan tidak sekali-kali tabur ‘ gula-gula’ dan buat janji tidak masuk akal dan tidak mampu dilaksana.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh menjanjikan benda tak masuk akal yang lazimnya dijanjikan pembangkang sebagai gula-gula untuk menyukakan hati rakyat, tetapi hakikatnya kita tahu ia tidak mampu dilakukan oleh mana-mana kerajaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana