PM RASMI PECAH TANAH ECRL PADA 9 OGOS....SYABAS PM KITA

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan merasmikan majlis pecah tanah projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) di Bandar Baru Kuantan, Pahang, pada 9 Ogos.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Darwis Abdul Razak berkata, acara itu akan berlangsung di tapak projek ECRL KotaSAS Central Station.

Acara itu akan disertai pegawai kanan kerajaan China dan pemegang kepentingan projek berkenaan.

“Perdana Menteri memberi perhatian berat dalam memastikan kejayaan projek ECRL. Untuk itu, kami berbesar hati untuk memberi penghormatan kepada beliau untuk merasmikan projek infrastruktur pemangkin utama itu yang bakal menyaksikan laluan kereta api baharu dibangunkan bagi menghubungkan negeri-negeri pantai timur ke Greater Lembah Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Projek ECRL yang berperanan sebagai pencetus perubahan dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi, dijangka meningkatkan pendapatan industri dan perniagaan di sepanjang laluan berkenaan, dengan ekonomi masyarakat tempatan diunjur membangunkan pada kadar minimum 1.5 peratus.

Projek berimpak tinggi dalam Rancangan Malaysia Ke-11 itu, melibatkan pembinaan landasan sepanjang 688-kilometer dengan kos sebanyak kira-kira RM55 bilion.

Darwis berkata, projek ERCL mendapat sambutan positif daripada penduduk tempatan di sepanjang pameran awam yang berlangsung selama tiga bulan di 15 daerah di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

ECRL juga akan mengurangkan pelepasan karbon.

MRL, jentera tujuan khas milik Menteri Kewangan Diperbadankan, merupakan pemilik projek ECRL, manakala China Communications Construction Company Ltd (CCCC), terlibat dalam aspek kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan serta pengoperasian landasan baharu itu.

– BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana