PM MAHU RAKYAT PERMATANG PAUH BUAT ‘PUSINGAN U’

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penduduk Permatang Pauh, Pulau Pinang membuat pusingan U pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Media tempatan melaporkan Najib sebagai berkata, kawasan tersebut yang dipegang oleh pembangkang, PKR itu pernah menikmati pembangunan pesat dan menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan UMNO satu ketika dahulu, namun keadaan sudah berubah ketika ini.

“Rekod menunjukkan UMNO hanya terlepas Permatang Pauh pada 1978 sebelum berlaku perubahan politik pada 1999.

“Namun, kita tidak pernah memutuskan pertolongan kepada penduduk Permatang Pauh, malah BN masih meneruskan bantuan demi rakyat,” katanya pada Majlis Kenduri Pemimpin Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai di di Pulau Pinang tengah hari tadi.

Jelas Najib, perjuangan reformasi lenyap selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilantik sebagai pengerusi pakatan pembangkang.

“Jika dia boleh membuat pusingan U dan diterima pihak pembangkang, maka penduduk Permatang Pauh juga perlu buat pusingan U pada pilihan raya akan datang.

“Permatang Pauh agak ketinggalan dan hanya perubahan mampu memastikan nasib penduduk dapat terus dibela,” katanya.

Sebelum itu, meluluskan peruntukan sebanyak RM45 juta untuk pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Perai Tengah (SMASPT) yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama oleh penduduk Permatang Pauh.

Tambah beliau, peruntukan itu adalah tanda keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat di Permatang Pauh selepas sekian lama diabaikan oleh pemimpin sedia ada.

“Ini adalah isyarat sudah sampai masanya satu lembaran baharu dibuka untuk Barisan Nasional merampas Permatang Pauh dan menyediakan kemudahan pendidikan.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang janji macam-macam tapi tak pernah ditunaikan namun berbeza dengan kerajaan BN yang akan menepati setiap janji yang dibuat” katanya ketika berucap pada majlis Kenduri Rakyat di Politeknik Seberang Perai di sini hari ini.

Majlis kenduri dengan konsep makan bersila itu mencatat nama di dalam Malaysia Book of Record dengan penyertaan teramai iaitu 21,380 tetamu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana