PKR pertahan kerusi Kulim dan Gurun, enggan serah kepada DAP

SHAH ALAM: PKR akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya di Kedah, termasuk kerusi yang kalah tipis sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Penegasan itu disuarakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, ketika diminta mengulas kenyataan Lim Kit Siang yang mahu DAP diberi peluang bertanding di kerusi DUN Kulim dan Gurun.

Kulim dan Gurun merupakan kerusi campuran yang mana PKR tewas di tangan MCA pada pilihan raya lalu.  

"Kita dah diperingkat perundingan, bersetuju supaya pertamanya kerusi yang kita menangi, kita kekalkan diparti masing-masing.

"Kedua, dikerusi kita kalah tipis, yang mana di Kulim dan Gurun kita kalah tipis. Di Kulim kita pernah ada wakil di situ, Lim Soo Nee. Kita akan kekalkan kerana kita kalah tipis," katanya kepada Antarapos.

Kit Siang yang juga penasihat DAP baru-baru ini dalam satu kenyataannya berkata parti itu harus diberi peluang meningkatkan sokongan rakyat khususnya masyarakat bukan Melayu kepada Pakatan Harapan (PH) dengan meletakkan calon di kawasan tengah dan selatan Kedah.

“Di bahagian tengah, DAP minta untuk meletakkan calon di N22 Gurun, kerusi campuran pelbagai kaum (56% Melayu, 27% Cina dan 17% India) yang mana dimenangi oleh MCA pada tahun 2013.

“Bagi selatan Kedah, DAP meminta supaya dapat meletakkan calon di kerusi N35 Kulim yang juga kerusi campuran (60% Melayu, 23% Cina dan 17 India) yang kini disandang MCA menewaskan calon PKR dalam PRU13 dengan 643 majoriti,” petik kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Bagaimanapun, Johari menambah isu calon bukan satu isu berbangkit memandangkan pimpinan PKR terdiri daripada berbilang bangsa yang mampu menarik sokongan pengundi bukan Melayu.

"Lagipun kita tak pernah minta kerusi yang ditandingi oleh DAP di Perak atau Pulau Pinang mahupun di Johor. Lim Kit Siang boleh buat kenyataan sebagai pemimpin, tetapi sebagai pemimpin saya jawab, kita akan pertahankan kerusi kita," katanya lagi.

Pada PRU13 lalu, DAP hanya bertanding di dua kerusi DUN di Kedah dan memenangi kedua-dua kerusi tersebut di Derga di bawah Parlimen Pokok Sena dan Kota Darul Aman di Parlimen Alor Setar.

PKR pula memenangi empat kerusi DUN daripada 10 kerusi yang ditandingi mereka iaitu Lunas, Sidam, Bakar Arang dan Bukit Selambau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana