PKR Kelantan 'keras kepala' dan tidak ikut arahan pusat...?Hilang Jawatan Siapa Tak Mahu Bebbbbb

Kegagalan menyelesaikan secara muktamad isu peletakan jawatan 56 lantikan politik PKR di Kelantan pada tarikh ditetapkan menyebabkan imej pucuk pimpinan PKR Kelantan dan PKR Pusat di mata masyarakat jatuh merudum.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ia memperlihatkan PKR Kelantan keras kepala, serta tidak berdisiplin, selain PKR Pusat tidak tegas dan hilang kawalan.

“Ramai yang tahu mengenai arahan asal Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, supaya 56 lantikan politik ini meletakkan jawatan serta-merta, tetapi tarikh ini diubah kepada 31 Julai atas sebab yang beliau sifatkan teknikal.

"Sudah tular dalam media sosial rakaman ucapan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran, pada 27 Jun lalu berkata “Presiden menetapkan bahawa 31 Julai ini macam mana pun semua letak jawatan”.

“Begitu pun, tarikh ini berlalu tanpa sebarang peletakan jawatan, di mana Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa, sekadar memaklumkan bahawa mereka sedang menunggu arahan rasmi baru dari PKR Pusat.

"Tidak dinafikan imej PKR tercalar dalam isu ini, malah ramai yang menyindir bahawa mereka lebih mementingkan imbuhan yang datang bersama jawatan berbanding prinsip perjuangan dan kebersamaan dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Kamarul Zaman diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bahawa pihaknya belum menerima apa-apa surat letak jawatan dari 56 lantikan politik PKR tetapi bersikap terbuka kepada mereka.

Ujar penganalisis politik itu lagi, isu ini menyerlahkan sikap terburu-buru pemimpin PKR Pusat di dalam membuat keputusan mengenai politik tempatan sedangkan 56 lantikan politik ini seharusnya dirujuk terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.

“Bila keputusan dibuat maka ia seharusnya dilaksanakan tanpa sebarang dolak-dalik, barulah masyarakat dan ahli parti akan hormat kepada PKR Pusat, tetapi bila PKR Pusat sendiri tidak tegas maka pandangan umum ialah PKR Pusat sangat lemah.

“Jika betul PKR Pusat orang perjuangan, mereka mesti melaksanakan keputusan itu tanpa bimbang kehilangan sebahagian daripada 56 lantikan politik ini selaras kata-kata Ketua Umum PKR, usah bicara pasal perjuangan jika takut kepada risiko.

“Sebaliknya, jika didapati arahan awal supaya 56 lantikan politik ini meletakkan jawatan silap, PKR Pusat perlu akui kesilapan, beri arahan baru supaya semua 56 lantikan politik ini kekal dan beri penjelasan mengapa arahan awal ditarik balik,” katanya.

Menurut Kamarul Zaman, isu ini penting kepada kelangsungan Pakatan Harapan di Kelantan kerana penyertaan 56 lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri memperlihatkan ketidaksepaduan jentera Pakatan Harapan di Kelantan.

“Umum tahu PAN, PPBM dan PKR berhasrat untuk mengambil-alih pemerintahan Kelantan dari PAS, tetapi bila PKR masih menyertai kerajaan negeri sudah tentu komitmen PKR Kelantan terhadap Pakatan Harapan akan dipersoalkan.

“Selain menyebabkan tindakan PAS masih menyertai kerajaan negeri di Selangor sukar dikritik, penglibatan PKR dalam kerajaan negeri di Kelantan juga akan menyukarkan Pakatan Harapan untuk mengkritik Kerajaan Kelantan dengan berkesan.

“Isu ini juga menguatkan lagi spekulasi kononnya PKR Pusat kini berpecah antara kem Dr Wan Azizah dan kem Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, dan kononnya PKR Kelantan berada di bawah penguasaan Datuk Seri Azmin,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana