PKR Amal Budaya Pecat Hanya Pakai Whatsapp Sahaja

PKR nampaknya sedang berada dalam masalah yang besar apabila dilihat begitu tergesa-gesa memecat beberapa pemimpin peringkat akar umbi parti itu di negeri Kelantan dan mereka dipecat dengan menggunakan Whatsapp sahaja.

Terbaru, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal telah dipecat melalui mesej dalam Whatsapp dari jawatan berkenaan secara serta-merta oleh Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad pagi tadi pada pukul 9.40 pagi.

“Saya telah menerima Whatsapp daripada YB Nik Nazmi Nik Ahmad pada jam 9.08 pagi ini yang memecat saya serta merta daripada jawatan Ketua AMK Kelantan.

“Saya akan menyatakan pendirian dan memberi maklum balas dalam tempoh terdekat,” katanya di laman sosial Facebooknya berkaitan perkara itu.
Menurut surat pemecatan yang diterima daripada Nik Nazmi, pemecatan itu dibuat rombakan Jawatankuasa AMK Kelantan termasuk jawatan ketua AMK negeri juga harus dikosongkan.

Difahamkan jawatan berkenaan adalah dilantik dan bukan jawatan yang dipertandingkan jadi ia boleh dipecat oleh pimpinan parti.

Bagaimanapun, dari sejak dulu lagi PKR mengamalkan budaya politik kuku besi daripada pucuk pimpinan sampailah ke peringkat akar umbi. Jika ada pemimpin yang tidak sebulu dengan pemimpin atasan, mereka akan dipecat.

Bukan sekali dua, dalam PKR berlaku perkara sebegini semuanya mahu memuaskan hati Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum parti, Anwar Ibrahim.

Banyak penyokong Dr Hafidz yang memberikan sokongan kepada beliau di Facebook dan media sosial lain dan menyifatkan keadaan dalaman parti PKR sudah semakin teruk kerana terpaksa ikut kehendak parti lain terutamanya DAP.

Mereka menyiftakan perjuangan untuk rakyat boleh dilakukan tanpa perlu berada dalam PKR yang semakin tenat dari semasa ke semasa. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana