Pimpinan Pakatan Harapan tolak usaha Azmin nak jalin kerjasama dengan PAS...Muka PKR Tak TAhu Maluuuuu...Takut Menghadapi Kekalahan

Datuk Seri Azmin Ali  sudah 'langgar tembok' dalam usahanya untuk terus cuba jalin kerjasama antara PKR dan PAS bagi memastikan kedudukannya di Selangor selamat dalam menghadapi piliharaya umum ke 14.

Ini bila mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan Isnin malam sebulat suara tolak sebarang kerjasama dengan PAS dan sedia berdepan pertandingan tiga penjuru.

Pendirian itu dinyatakan dalam kenyataan tiga perenggan yang ditandatangani oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad,Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAN Mohamad Sabu.

Azmin yang juga Pengarah Pilihanraya Pakatan Harapan tidak hadir dalam mesyuarat itu yang diadakan di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya.

Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR  dan sebilangan pemimpin yang menyokongnya kebelakangan ini berkeras hendak terus memujuk PAS berkerjasama di Selangor.

Sebaliknya kalangan pimpinan PAS pusat secara terbuka telah menolak sebarang bentuk rundingan mengenai pembahagian kerusi dengan Pakatan Harapan atau PKR.

Usaha Azmin itu telah mencetuskan krisis dalaman bila mendapat tentangan kalangan pimpinan PKR lain yang mahu putus terus hubungan dan tidak ada apa-apa kaitan dengan PAS.

Ahli Parlimen PKR Selayang William Leong minggu lalu telah letak jawatan dalam biro politik PKR kerana memprotes usaha untuk berkerjasama dengan PAS.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dedah PKR terbahagi dua gara-gara isu ini.

Azmin dikatakan menjalankan usaha itu menerusi pimpinan PAS Selangor yang masih ada kedudukan dalam kerajaan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana