Permatang Pauh bergegar…lebih 21,000 hadiri majlis bersama PM

Walaupun ada usaha budak-budak PKR nak kacau buat flashmob yang kantoi kena tahan polis namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dapat sambutan hangat sewaktu turun ke kubu pembangkang di Permatang Pauh Khamis.

Malah majlis kenduri rakyat bersama beliau secara bersila di Politeknik Seberang Perai di situ masuk dalam Malaysia Book of Record dengan kehadiran teramai yakni 21,380 orang.

Najib yang bersemangat melihat suasana cukup meriah majlis itu dalam ucapan menyifatkan ia satu kejayaan bagi Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Zaidi Mohd Said yang rajin buat kerja dan jaga kawasan.

Turut hadir di majlis itu ialah Yang Dipertua PAS kawasan Parmatang Pauh Omar Hassan,

Serentak dengan itu beliau menggesa orang Permatang Pauh buat U-Turn menyokong Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 14.

Katanya setelah sejak pilihanraya umum 1999 bersama pembangkang yang tidak banyak bawa pembangunan di kawasan itu kini sudah tiba masanya mereka buat perubahan.

Lagipun,katanya orang itu (Tun Dr Mahathir Mohamad)  yang kini masuk pembangkang sudah banyak buat U-Turn dalam pendirian manakala gerakan Reformasi sudah berkubur.

"Takkan tak boleh buat perubahan di Permatang Pauh sebab reformasi dah tak ada. Reformasi ditubuhkan nak lawan orang yang dikatakan diktator, maha firaun, maha zalim, tetapi orang itu yang didakap pula...dah dakap jadi pengerusi (pakatan harapan)).

"Mana (ada) lagi semangat reformasi, dah tak ada reformasi. Bila sudah tak ada, kita tutup buku lama, buka buku baharu, " katanya.

Najib menegaskan bahawa sudah sampai masanya penduduk mengubah pendirian apabila Dr Mahathir sudah banyak kali membuat pusingan-U.

"(Justeru) Tuan-tuan pun kena buatlah 'u-turn' di Permatang Pauh," katanya.

Najib berkata sudah tiba masanya pengundi di Permatang Pauh membuat perubahan itu selepas PKR juga dilihat gagal membuat perubahan sepanjang berbelas tahun mewakili kawasan itu.

"Tidak banyak perubahan di sini. Tak tahu apa peranan Anggota Parlimen (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) selama ini, " katanya.

Oleh itu penduduk boleh buat perubahan dengan mengundi BN di Permatang Pauh, tegas beliau.

Perdana menteri berkata pembangkang tidak perlu bermain sandiwara politik kerana penduduk sudah celik dan sedar, maka sudah sampai masanya untuk kepentingan rakyat dijaga dengan menjadikan Malaysia lebih maju, lebih hebat dan lebih cemerlang.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata berdasarkan sejarah, Permatang Pauh sememangnya kawasan kubu kuat BN tetapi landskap politik berubah pada tahun 1998 selepas Dr Mahathir memecat Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri.

Perdana menteri berkata BN tidak pernah putus hubungan untuk berkhidmat di kawasan Permatang Pauh walaupun kawasan itu telah lama diwakili pembangkang.

BN sentiasa menunaikan janji dan bukan seperti pembangkang yang berjanji tetapi tidak melaksanakan apa yang dijanjikan, katanya.

Sambil memberi contoh kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP, perdana menteri berkata kepimpinan kerajaan negeri membuat pelbagai janji, antaranya membina terowong dasar laut dan aerobus, tetapi sehingga kini belum dilaksanakan.

Kerajaan BN bina MRT dan melaksanakan pelbagai perkara untuk Malaysia sehingga dihargai oleh dunia, jauh berbeza dengan kerajaan negeri "berjanji (kadar) air tidak naik pun, (telah) empat kali (kadar) dinaikkan".

Pada majlis itu Perdana Menteri umum pemberian peruntukkan RM45 juta untuk pembinaan Sekolah Agama Seberang Perai Tengah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana