Perletakan jawatan lantikan politik, pimpinan PKR Kelantan bertelagah

Situasi perletakan jawatan lantikan politik PKR Kelantan masih belum menemui titik noktah susulan pimpinan negeri bertelagah sesama sendiri dalam membuat keputusan muktamad.

Sebentar tadi, Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir berkata kenyataan dibuat ketua komunikasinya yang menjadi tular pada pagi tadi tidak dibincangkan bersama pimpinan negeri.

“Saya pun dah marah dia pagi ni. Dia bertaraf pimpinan, sepatutnya tak buat kenyataan sebelum dibincangkan,” lapor Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Komunikasi PKR Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman yang mengesahkan bahawa mesyuarat khas pada 17 Mei dan 5 Jun lalu bersetuju menerima keputusan Biro Politik PKR Pusat.

Azihan juga dilaporkan menyenaraikan enam pemimpin PKR Kelantan yang disenaraikan sebagai ahli majlis daerah yang belum mengangkat sumpah, tetapi membuat keputusan untuk tidak berbuat demikian iaitu Setiausaha Majlis Pimpinan PKR negeri, Mohd Khairul Amin Abd Rahman dan Ketua Pemuda Machang, Muhammad Arif Mukhtar.

Terdahulu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Johari Abdul dilaporkan berkata pendirian parti adalah jelas iaitu ahli PKR Kelantan perlu meletak jawatan daripada lantikan politik kerajaan negeri susulan perhubungan politik antara PAS dan PKR terputus.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana