PERGIMU DITANGISI, KEMBALIMU DICEMUHI

Tabiat mengadu domba, memainkan emosi rakyat dan menabur fitnah tanpa bukti yang kukuh sudah menjadi agenda utama Tun M.

Tun M tidak mempedulikan apa yang bakal berlaku selepas ini kerana dia pernah memaklumkan "Saya Sudah Tua, Tak Lama Lagi Akan Pergi".

Perjuangan kali terakhirnya tidak akan membawa apa-apa faedah kepada dirinya, namun dijangka akan membawa kerosakan kepada keseluruhan rakyat Malaysia.

Sebelum ini Tun M terkenal dengan perangai keluar masuk Umno dan sehingga yang terakhir dia memegang jawatan PM ramai pemimpin yang merintih dan menangisi pemergiannya.

Tapi tidak pada kali ini apabila kononnya dia mahu membuat "come back" dalam arena politik. Langkah Tun M dilihat sumbang kerana bersekongkol dengan pihak pembangkang yang dahulunya adalah musuh ketatnya dalam parti dan semasa mentadbir kerajaan.

Tapi bagus juga Tun M membuat 'come back" bersama pembangkang kerana rakyat boleh banyak bertanya dengan lebih dekat bagaimana Tun M dapat menggunakan kuasa yang dia ada selama 22 tahun untuk memanipulasi keadaaan untuk mencapai cita-citanya mengayakan kroni dan anak beranaknya.

Bila bersama Pakatan Harapan, Tun M didapati jauh sekali pendekatan yang digunakannya. Tun M mudah lupa dan seringkali lupa akan fakta yang pernah dilakukan semasa zaman pemerintahannya sebelum ini.

Pembangkang juga kucar-kacir dengan kehadiran Tun M kerana dengan sifat diktatornya Tun M cuba menguasai PH mengikut acuannya yang sebenarnya jauh tersasasar dari apa yang dimatlamatkan DAP dan PKR sebelum ini.

PH akan hancur jika Tun M mengepalai mereka.
Otai Reformis yang dulu berguling di atas jalanraya untuk menegakkan keadilan Anwar Ibrahim juga terpaksa buat muka malu kerana kerakusan politik Anwar Ibrahim yang mahu jadi PM ke 8 selepas PM interim yang direncanakan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana