Perbincangan PAS - PKR tidak akan berlaku...

PAS menegaskan perbincangan dengan PKR berhubung pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) tidak akan berlaku biarpun Presiden parti itu, Datin Seri Wan Azizah Ismail beria-ia mahu kembali duduk semeja.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu jelas selepas pihaknya memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR pada Mei lalu.?

“Meskipun PAS dan PKR masih mempunyai ruang untuk berbincang, namun setakat ini, kita tidak akan berbuat sebarang perbincangan dengan PKR.?

“Kalau Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kata mahu berbincang dengan PAS dalam isu penentuan kerusi PRU-14. ?

“Bagi kami senang sahaja, PKR jangan bertanding di mana-mana kerusi PAS bertanding,” katanya.

Sejak akhir-akhir ini, PKR dilihat bersungguh-sungguh untuk kembali bersama dengan PAS bagi mengahadapi PRU 14.

Polemik ini muncul kembali apabila tersebar gambar kunjungan Wan Azizah bersama timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Beberapa hari selepas itu, Biro Politik PKR ‘mengubah’ arahannya ke atas 75 ahlinya supaya meletakkan jawatan yang dipegang dalam Kerajaan Pas Kelantan.

PKR memberikan alasan bahawa Menteri Besar telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan PAS Kelantan masih memerlukan kerjasama PKR dalam pentadbiran negeri ini.

Langkah itu juga mencetuskan rasa kurang senang sekutu mereka dalam Pakatan Harapan, PAN yang merupakan serpihan PAS.

Dalam masa sama, PKR juga dilihat menghadapi masalah dalam pembahagian kerusi apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuntut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun dan Kulim di Kedah daripada PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana