Penyokong PH tak setuju Azmin jadi Pengarah Pilihan Raya...Aikkkk Kenapa Plak Tu

SHAH ALAM: Pelantikan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali sebagai pengarah pilihan raya Pakatan Harapan (PH) mengundang kritikan beberapa penyokong parti terutamanya PKR.

Seorang penyokong yang dikenali sebagai Awang memuatnaik status di laman sosial Facebook, mempersoalkan pelantikan itu yang dakwanya bakal disalahgunakan Menteri Besar Selangor itu dalam menentukan calon yang layak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Penentuan calon yang akan bertanding semua terletak di tangan dia," katanya yang memuatnaik status itu 16 jam lalu sehingga berita ini ditulis.

Ekoran kecewa dengan pelantikan itu, Awang juga mengambil keputusan untuk tidak mengikuti perkembangan politik sampai bila-bila.

Malah beliau turut meminta rakan-rakan Facebooknya untuk tidak memberitahunya apa jua berita berkaitan dengan dunia politik.

"Dengan ini saya mengumumkan mulai hari ini saya tidak akan mencampuri sebarang urusan politik lagi buat selama-lamanya.... Kepada kawan-kawan, saya minta jangan 'tag' saya lagi apa-apa berita mengenai politik selepas ini," katanya yang jelas kecewa dengan pelantikan tersebut.

Status berkenaan mendapat perhatian beberapa penyokong PH yang lain, Muhammad Saufi Miad yang turut menyokong tindakan Awang.

"Yup! Kami juga mengambil keputusan yang sama untuk tidak mncampuri lagi urusan PH lagi!," katanya.

Seorang netizen yang bernama Better Man berkata, juga mempersoalkan kredibiliti dan atas dasar kelayakan apa Azmin dilantik memegang jawatan itu.

"Apa punya tangkal jemin (Azmin) ni pakai.. Sampai semua ikut... tak ada yang lagi kaliber dari jemin (Azmin) ke?," soal beliau.

Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan, Azmin sebagai pengarah pilihan raya gabungan bagi mengukuhkan jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Azmin merupakan naib presiden gabungan.

Mohamad Sabu, yang juga timbalan presiden PH, dilantik pengerusi jawatankuasa komunikasi dan mobiliti, manakala Zuraida Kamaruddin dilantik Ketua Wanita PH.

Dr Mahathir turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pengerusi PH Pulau Pinang.

Azmin sebagai pengerusi PH Selangor dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi PH Johor. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana