Peneroka menentang Felda ingin kembali....Berfikir Dulu Sebelum Buat...Baru Nak Menyesal

 Sebahagian warga peneroka yang sebelum ini menentang Felda sehingga bukan sahaja sanggup keluar tetapi mengheret agensi itu ke mahkamah ternyata kesal dengan tindakan tersebut.

Malah, ada dalam kalangan mereka cukup terharu dengan ko­mitmen Perdana Menteri, Da­tuk Seri Najib Tun Razak yang berlapang dada apabila sanggup ‘menerima’ kembali golongan itu dengan menawarkan enam insentif sama seperti 94,956 peneroka setia Felda.

Menurut Shafia Ahmad, 67, dia merupakan ketua kumpulan yang menyaman Felda lima tahun lalu dan kini rela hati untuk tampil bersama dan menyokong agensi keramat itu kerana sedar tindakan mereka selama ini salah.

“Saya bersama 47 peneroka dari Jengka bertindak men­ya­man Felda berkaitan isu perahan setelah terpengaruh dengan sentimen politik yang dimainkan oleh pihak tertentu.

“Walaupun menyaman, tetapi hati kecil kami tetap bersama Felda, malah rasa bersalah kepada pemimpin dan agensi yang banyak berjasa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, sebanyak 17,679 peneroka yang tidak bersama Felda diberi peluang kembali kepada agensi tersebut dalam tempoh enam bulan bermula Ogos bagi membolehkan mereka menerima enam insentif yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, ke­semua peneroka tersebut boleh kembali bersama Felda dengan menjual buah sawit dan juga getah kepada agensi berkenaan, selain perlu meme­nuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan se­perti pemotongan hutang.

Shafia berkata, pada mulanya kumpulan yang diketuainya ti­dak langsung berhasrat untuk membawa kes pertikaian pera­han­ minyak kelapa sawit ke mah­kamah tetapi ada pihak lain bersungguh-sungguh kononnya ingin membela nasib peneroka.

“Saya mengenali Datuk Seri Najib sejak 1988 iaitu ketika beliau merasmikan program belia di Jengka 18. Tidak senang duduk sejak isu tersebut sampai ke mahkamah.

“Akhirnya, berdasarkan pera­saan ikhlas dan kasih sayang, saya bersama lebih 37 orang menarik balik saman tersebut ke­rana sedar Felda paling banyak berjasa kepada orang Melayu,” jelasnya.

Abdul Talib Ali, 68, dari Felda Jengka 18 pula mengakui agensi itu tiada cacatnya meskipun terdapat hanya sedikit ma­salah yang boleh diperbetulkan demi kelangsungan pembangunan ekonomi orang Melayu di tanah rancangan tersebut.

“Saya kesal kerana menya­man Felda kerana terpengaruh dengan hasutan dan maklumat yang kurang tepat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba menjadi juara peneroka.

“Peluang yang diberikan Per­dana Menteri sangat mengharukan kami bagi memboleh­kan kembali tinggal dalam mas­yarakat Felda yang harmoni, aman dan menggembirakan,” ujarnya.

Tambahnya, dia dan rakan-rakan akan memanfaatkan peluang diberikan dalam tempoh enam bulan bermula Ogos ini dan bukan untuk menerima enam insentif tetapi menyokong Perdana Menteri yang membina masyarakat Felda menjadi lebih hebat dan berdaya saing.

Rakannya, Mohamad Sapri Mat Janggi, 61, mengakui dengan ikhlas hati menarik balik saman terhadap Felda kerana terbukti terdapat pihak tertentu yang menggunakan peneroka untuk kepentingan politik.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Perdana Mente­ri yang masih prihatin dan me­ngambil berat atas nasib kami yang menjadi mangsa keadaan ketika itu.

“Kumpulan kami yang dikatakan telah menjejaskan imej agensi itu memohon maaf kepada Felda, sekali gus berjanji untuk bersama dalam semua situasi termasuk aktiviti kemasyarakatan, ekonomi dan sosial serta menjual hasil komoditi kepada organisasi tersebut,” katanya.

Bagi Ishak Dari, 68, dia mengakui kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk membela nasib peneroka Felda dan fakta itu tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak.

“Saya sangat menyesal kerana terpengaruh dengan janji manis pihak lain sehingga sanggup menyaman Felda yang banyak berjasa meningkatkan ekonomi keluarga dan masyarakat Me­layu,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana