Penduduk Kg Mutiara,Pulau Pinang diberi tiga bulan kosongkan rumah....Nak Wat Cam Mana Undi Lagi DAP Tu

Penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi, dekat Georgetown yang diarah mengosongkan rumah mereka, Isnin diberi tempoh selama tiga bulan lagi untuk berbuat demikian selepas arahan mahkamah itu berjaya ditangguhkan hasil perbincangan pelbagai pihak.

Keputusan itu berjaya dicapai hasil perbincangan antara pemilik tanah itu Peter Loke Leng Seak, 65, UMNO Bahagian Bukit Bendera yang mewakili 70 keluarga di situ dan kerajaan negeri Pulau Pinang selepas kira-kira 500 orang termasuk penduduk kampung berkumpul secara aman bagi membantah kampung mereka daripada diroboh hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata menerusi perintah mahkamah yang dikeluarkan, penduduk diberi tempoh sehingga tiga bulan lagi untuk mengosongkan kediaman mereka dan sekiranya gagal berbuat demikian pemilik tanah berhak menuntut haknya.

"Dalam perbincangan di balai polis Batu Ferringhi itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Pulau Pinang, Nur Zafirah Mohd Ali turut hadir untuk mendengar keputusan mereka sebelum notis pengosongan (rumah penduduk) bertarikh 10 Julai lepas ditarik semula.

"Seramai 526 pegawai dan anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat memantau Kampung Mutiara sejak pukul 7.30 pagi bagi memastikan semuanya berjalan lancar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Mutiara dekat sini hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati penduduk termasuk warga emas mula berkumpul secara aman sejak pukul 8 pagi dalam usaha terakhir menyelamatkan kampung mereka daripada diroboh dan mereka turut meletakkan kereta serta membuat benteng di semua laluan masuk bagi menghalang jentera berat daripada masuk ke situ.

Ketua UMNO Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail berkata pemilik tanah yang juga jurutera syarikat penerbangan itu menetapkan syarat mengosongkan rumah dalam tempoh tiga bulan selain meminta RM100,000 sebagai jaminan penduduk berbuat demikian.

Beliau berkata UMNO dengan kerjasama UDA Holdings Berhad (UDA) akan menempatkan semua penduduk yang berpindah itu di sebuah apartmen di Sri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, untuk sementara sebelum dipindahkan semula ke kawasan Kampung Mutiara selepas tanah di situ siap dibangunkan.

"Sebenarnya kerajaan persekutuan menerusi UDA akan bangunkan semula kawasan Kampung Mutiara iaitu membabitkan lot bersebelahan tanah milik Peter itu...apabila siap projek perumahan bercampur itu, semua penduduk asal itu akan dibawa balik ke sini (Kampung Mutiara) dan mereka diberi rumah jenis apartmen secara percuma," katanya.

Sementara itu, penduduk yang ditemui melahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas bantuan UMNO Bukit Bendera dan kerajaan persekutuan yang menyediakan rumah sementara untuk mereka berpindah dan kediaman percuma di Kampung Mutiara.

Zawiyah Ismail, 62, berkata dia akur untuk berpindah ke rumah sementara yang diberi kerajaan persekutuan bagi memberi laluan pembangunan di Kampung Mutiara.

"Kebanyakan penduduk kampung ini telah menetap di sini sejak tiga keturunan termasuk saya sendiri hampir 60 tahun dan tiba-tiba pemilik tanah suruh keluar tanpa sebarang pampasan jadi memang kami tidak mahu lah...tapi kali ini kami akur kerana campur tangan UMNO dan kerajaan pusat yang menyediakan rumah sementara dan berjanji untuk memberi kediaman di Kampung Mutiara selepas siap," katanya.

K.Govindarajoo, 61, yang lumpuh dan tidak boleh berjalan, berkata jika diarah mengosongkan rumah tanpa diberi tempat sementara atau rumah lain, dia dan isteri kemungkinan terpaksa merempat di tepi jalan kerana tiada wang untuk menyewa.

"Kehidupan dan kewangan saya hanya bergantung kepada adik-beradik yang lain kerana sudah tidak bekerja sekarang ini. Kami tinggal di sini lebih 50 tahun dan tiba-tiba kena keluar macam itu sahaja (tanpa pampasan), memang marah dan kecewa sebab itu saya sanggup berkumpul pertahankan rumah kami tapi nasib baik kerajaan pusat membantu kami," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana