Pemuda Umno yakin BN kekal teraju PRU14

SHAH ALAM: Exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah yakin Barisan Nasional (BN) akan terus mengekalkan tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) meskipun berdepan saingan tiga penjuru.

Katanya, rakyat kini makin sedar kemelut berpanjangan dalam parti pembangkang terutamanya Pakatan Harapan, tidak akan menguntungkan mereka berbanding apa yang ditawarkan BN.

"Pada pandangan peribadi saya lihat BN konsisten berdiri teguh untuk menghadapi PRU, kita bukan kali pertama tapi ini merupakan kali ke 14 kita bertanding PRU.

"Jadi selama ini pun kita dah beritahu bahawa kita tak kisah tiga penjuru atau lebih..yang pasti jentera BN akar umbi adalah konsisten untuk hadapi PRU," katanya kepada Antarapos.

Justeru Armand berkeyakinan dengan kekuatan jentera pilihan raya dan faktor calon yang bertanding akan memberi kelebihan kepada BN untuk mengekalkan penguasaannya di peringkat Pusat.

"Bagi saya kalau kita lihat secara positif apabila percakaran antara Pakatan Harapan dan PAS sepatutnya mereka yang ditanyakan cabaran mana yang patut mereka risaukan.

"Hari ini kita lihat bukan sahaja PAS berlawan dengan Pakatan tetapi Pakatan sendiri pun ada masalah dalaman seperti yang kita lihat dalam forum Otai Reformasi baru-baru ini di mana penyokong tegar Pakatan tidak setuju dengan Tun Dr Mahathir (Mohamad)," katanya.

Beliau menambah program transformasi serta kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti kejayaannya yang akan menjadi tunjang sokongan rakyat pada PRU14 nanti.

"Persoalan yang saya nak lemparkan sebenarnya bukan BN yang takut tapi sepatutnya mereka yang perlu risau kerana sehingga ke hari ini gagal menunjukkan kesepakatan mereka.

"Yang nampak sokongnya pimpinan peringkat atasan tetapi pada penyokong di bawah merasakan diri mereka telah ditipu oleh pemimpin mereka," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana