Pemuda UMNO Perak sokong Zambry kekal MB

Kalau sebelum ini sokongan agar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak datang dari UMNO bahagian di utara Perak kali ini sayap pemudanya turut sependapat.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata mereka turut sependapat dengan cadangan bahawa belum lagi masanya Dr Zambry bertukar `angin.’

Walaupun tidak menafikan  potensi Dr.Zambry jika berada di pusat, Syamsul Baharin menjelaskan bahawa khidmat Dr.Zambry masih lagi diperlukan rakyat Perak.

"Pucuk pimpinan parti perlu melihat realiti ini kerana sudah dua penggal menjadi Menteri Besar, Dr Zambry berjaya mencorak perubahan drastik segi pembangunan dan sosial ekonomi rakyat Perak.

"Sebagai seorang pemimpin yang berwawasan kita penuh yakin Dr Zambry  dapat terus menerajui kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri dengan membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan untuk faedah rakyat negeri Perak,’’ katanya yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kepada Agendadaily pada Khamis.

Menurut Syamsul  sudah dua penggal menerajui pentadbiran negeri, Dr Zambry  berjaya menunjukkan KPI kepimpinan beliau untuk dicontohi pemimpin negeri-negeri lain.

Beliau menyebut sebagai contoh Dr Zambry berjaya membuka `mata’  pemimpin negeri lain apabila beliau memperkenalkan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR)  yang antaranya memperkenalkan kedai bergerak Amanjaya untuk membantu meringankan bebanan rakyat miskin di kawasan luar bandar.

"Apa menakjubkan model YBU ini bukan sahaja terbukti membawa faedah besar kepada rakyat Perak malah mendapat pengiktirafan  dari negara luar,’’ katanya.

Selain itu, kata Syamsul lagi, Dr Zambry  berjaya meletakkan nama negeri Perak di peringkat antarabangsa apabila beliau berjaya menganjurkan beberapa siri dialog bertaraf dunia seperti Pangkor  Dialoge yang menemukan para pemikir dan intelek bertaraf dunia.

Dalam konteks negeri Perak pula, katanya, Dr Zambry berjaya meraih sentuhan hati rakyat apabila mengadakan beberapa siri program pemukiman YAB Menteri Besar di peringkat daerah. Yang terakhir di parlimen Tanjung Malim.

"Beliau bukan sahaja turun padang menyelami permasalahan rakyat  dan mengambil tindakan pantas untuk menyelesaikannya malah sanggup tidur di masjid-masjid di kampung-kampung yang dilawatinya untuk bersama rakyat.

"Inilah pendekatan mulia dan tersendiri yang dibawa Dr Zambry sebagai seorang Menteri Besar yang disukai dan disanjungi rakyat," kata Syamsul

Syamsul mengulas spekulasi soal sama ada Perak bakal mempunyai Menteri Besar Baru selepas Pilihanraya Umum ke 14 kelak masih bersifat teka-teki.

Dr.Zambry sendiri baru-baru ini enggan mengesahkan berita perpindahannya ke Kuala Lumpur bertanding kerusi parlimen ataupun kekal sebagai Menteri Besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana