PEMIMPIN ROSAKKAN IMEJ PARTI, LEBIH BAIK KELUAR PAS – MOHD AMAR

Pemimpin dan ahli PAS yang dilihat lebih mesra dengan Pakatan Harapan (PH) dialu-alukan oleh parti itu sekirannya mereka mahu melompat parti.

“Pada pandangan saya, daripada duduk di dalam merosakkan parti lebih baik keluar, itu pandangan saya secara peribadi,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Walaupun tidak menyebut siapa mereka, Mohd Amar dikatakan merujuk kepada anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bersama ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dan ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang dijangka akan meninggalkan PAS.

Kata beliau jika berada di dalam parti, ia boleh memberi gambaran buruk kepada PAS dan oleh itu mereka perlu membuat keputusan untuk menyertai parti lain.

“Kalau mereka hendak melompat, biarlah mereka melompat, kita tidak menghalang hasrat mereka
itu, katanya yang dipetik daripada Harakahdaily hari ini.

Media tempatan kerap melaporkan beberapa pemimpin PAS sering dilihat hadir pada program anjuran Pakatan Harapan selain mengkritik PAS.

Mereka juga tidak kelihatan pada muktamar PAS yang diadakan di Alor Setar akhir April lepas.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya mereka masih kekal dalam PAS ia akan mengganggu serta merosakkan imej parti.

Sebelum ini Persuruhjaya PAS negeri Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi memberitahu, partinya memiliki ramai calon yang berwibawa untuk menggangtikan ADUN yang hendak meninggalkan parti.

PAS negeri juga telah mencadangkan kepada PAS pusat untuk meletakkan calonnya bertanding di semua 36 DUN dan 15 Parlimen pada pilihan raya umum kelak. – Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana