Pemimpin-pemimpin UMNO kecam Azmin kait pergaduhan dengan Najib....Itulah dikatakan MB Bangang Sikapnya

Tuduhan melulu oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kononnya Datuk Seri Najib Razak, sebagai punca kekecohan pada forum 'Nothing To Hide 2.0' dikecam pemimpin-pemimpin UMNO pada Isnin.

Ini kerana Azmin yang menuduh tanpa bukti melalui laman sosial twitter, itu disifatkan tidak profesional dan memalukan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata ini kerana tuduhan itu semata-mata mahu menutup kelemahan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta rakan pakatan mereka.

"Kepemimpinan Armada PPBM sendiri pun tak percaya dengan Tun Mahathir Mohamad kerana gagal menjawab soalan yang dikemukakan, sekali gus menunjukkan program itu tidak mencapai matlamat sebenar.

"Kekecohan ini memberi tamparan hebat buat Armada dan lebih memalukan apabila Azmin dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyalahkan Perdana Menteri dan UMNO kononnya menjadi dalang kepada kekecohan itu.

"Mereka cuba menutup kelemahan sendiri dengan meletakkan kesalahan kepada orang lain...ini sangat tidak profesional dan memalukan," katanya.

Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah mengulas mengenai kekecohan ketika program 'Nothing to Hide 2.0' di Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, UMNO dan Barisan Nasional Selangor mengutuk tuduhan tidak berasas Azmin tersebut, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Nadzari Ahmad Dahlan.

"Atas dasar dan bukti apa tuduhan berkenaan dilontar kepada Perdana Menteri yang tidak menyatakan komitmen pun sebelum ini untuk menghadiri forum anjuran sayap Armada Pribumi berkenaan?," soal beliau dalam satu kenyataan kepada Agendadaily.

Menurutnya, UMNO dan BN Selangor melihat tuduhan terdesak oleh Timbalan Presiden PKR itu bagi menutup lompang yang sememangnya wujud dalam Pakatan Harapan selama ini.

"Umum mengetahui sejak Mahathir berdamping dengan bekas seteru politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ramai penyokong pembangkang termasuk mereka yang menyokong gerakan Reformasi sebelum ini tidak merestui keputusan yang dicapai untuk berdamai dengan Mahathir,"ujarnya.

Katanya, penganjur harus dipersalahkan kerana berkompromi dengan aspek keselamatan semua pihak yang menghadiri forum berkenaan.

"Bagaimana suar api boleh dibawa masuk ke dalam dewan? Mengapa perjalanan forum termasuk ketika sesi soal jawab tidak dikawal dan kelihatan insiden terpekik, terjerit dan beremosi mengambil tempat?" soal beliau.

Adun Batang Kali itu turut membangkitkan kemungkinan insiden berkenaan sengaja direka atau ia merupakan lakonan bagi memburukkan parti lawan mereka selain adakah provokasi seumpamanya bagi menutup gambaran sebenar kegagalan forum berkenaan yang jelas banyak soalan yang dikemukakan peserta tidak dijawab sepenuhnya.

"Walaupun UMNO dan BN Selangor menolak sebarang bentuk keganasan selain menyokong penuh hak mengamalkan demokrasi, namun tindakan pemimpin pembangkang yang sering menuding jari mencari salah orang lain ketika berdepan isu yang memakan diri mereka dikutuk sekeras-kerasnya,"katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah berkata, pergaduhan Shah Alam pada Ahad menjadi bahan jenaka bangsa lain terhadap orang Melayu.

“Percayalah mereka hanya menunggu peluang dan ruang untuk menjalankan misi dan visi mereka, menggunakan ‘boneka’ yang mereka telah aturkan dalam kalangan kita,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Shahar, apa yang lebih menyedihkan adalah PPBM telah membuat perpecahan terhadap orang Melayu sendiri yang sepatutnya dipertahan dan disatukan.

Katanya, lebih melucukan apabila UMNO yang merupakan sebuah parti Melayu dituduh menjadi penyebab kekecohan yang berlaku.

“Yang menganjurkan forum adalah PPBM, yang menapis orang masuk ke dewan adalah PPBM, moderatornya orang mereka, sekuritinya juga orang PPBM, hadirin yang hadir penyokong PPBM, yang menjawab soalan juga Pengerusi PPBM, akhirnya mengapa mahu menyalahkan UMNO akibat kekecohan sendiri?

“Mudah sungguh kerja PPBM, jika forum itu menjadi, mereka mendapat nama, bila dikutuk, UMNO dapat busuk.

“Begitu lah ‘modus operandi’ pihak pembangkang sejak zaman dulu dan kini ‘diperturunkan’ kepada Armada PPBM,” ujarnya lagi.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, dalam kenyataannya semalam, menuduh Perdana Menteri menggunakan gangsterisme untuk menggagalkan forum berkenaan.

Malah, beliau juga dilaporkan mahu Perdana Menteri bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kekecohan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana