PAS tak layan pujukan PKR berunding kerusi - Ahmad Yaakob...Nampaknya Peluang PKR Musnah Bebbbb

PAS tidak akan melayan sebarang pujukan daripada PKR untuk berunding dalam soal pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang mengulangi pendirian parti itu untuk tidak bekerjasama dengan PKR dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, isu kerjasama itu muncul kembali selepas pimpinan PKR mengadakan menziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

“Saya juga ziarah orang UMNO dan rakyat saya. Mungkin pilihan raya semakin dekat menyebabkan orang ramai mudah membuat kesimpulan.

“Sekali saya tegaskan tidak ada kerjasama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Laman Mural Seni Budaya Tumpat hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut menyatakan pendirian sama malah menegaskan, parti itu akan meletakkan calon di seluruh negara termasuk di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dikuasai oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail.

Di Kelantan, polemik tersebut telah menyebabkan Ketua Angkatan Muda PKR, Dr. Mohd. Hafidz Rizal Amran dipecat selepas ahli-ahli sayap parti itu hilang kepercayaan terhadap pimpinannya.

Mohd. Hafidz menyatakan secara terbuka dalam laman facebooknya mengenai kepentingan bekerjasama dengan PAS dan ia mendapat reaksi daripada sekutu mereka, Parti Amanah Negara (PAN).

Beliau diserang oleh beberapa pemimpin PAN ekoran kenyataan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana