PAS SUDAH SERIK JADI PARTI TUNGGANGAN PKR...JANGAN LAYAN DENGAN PKR LAGI

PAS bukan sahaja tidak membenarkan jentera pilihanrayanya menjadi tunggangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi mendakwa kerjasama pakatan pembangkang diterajui DAP hanya bermatlamat menyelamatkan kerusi parti tertentu.

Menurut Pengarah Institut Strategi PAS Pusat (ISP) Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, PAS tidak mahu sekali lagi dipergunakan oleh Pakatan Harapan yang akan menendang mereka setelah menang pilihan raya dengan bantuan jentera PAS.

Malah, kata beliau, Pakatan Harapan yang ditunjangi oleh DAP bukan wadah terbaik untuk menyelesaikan masalah negara dengan Islam.

“Sebarang perbincangan kerjasama pilihan raya yang kononnya untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) hakikatnya hanya untuk menyelamatkan kerusi parti tertentu dengan menjadikan jentera pilihan raya PAS sekali lagi kuda tunggangan seperti yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

“Apabila mereka berjaya memenangi kerusi sekali lagi agenda Islam akan ditendang dan diperangi. PAS akan diserang lagi dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam mendakwa kononnya PKR dan PAS telah kembali bekerjasama untuk menumbangkan parti Melayu UMNO.

Beliau membuat dakwaan itu kepada pemberita hanya kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima kunjungan beliau dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana