PAS sengaja politikkan tragedi Memali untuk serang Tun M - Amanah

SERI KEMBANGAN: PAS sengaja mempolitikkan tragedi Memali pada ketika ini untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad selepas penglibatan mantan perdana menteri itu bersama pembangkang, demikian menurut Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Beliau dalam pada itu berkata bekas pemimpin PAS yang menyertai Amanah menganggap tragedi Memali sebagai perkara yang sudah berlalu.

"Inilah yang dipanggil 'political motivated' untuk waktu ini.

"Kita (Amanah) anggap perkara itu sudah berlalu selama tiga dekad, sudah lama. Namun apabila Dr Mahathir bersama kita baru ia ditimbulkan kembali. Pada saya ia perkara biasa, (seperti) apabila seseorang itu menentang BN maka segala kesalahan masa lalu diungkit.

"Saya tak pandang isu itu terlalu besar, dan ia berlaku pada ketika itu," katanya yang ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Angkatan Wanita Nasional (AWAN) Amanah, di The Mines 2, Seri Kembangan, hari ini.

Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Tragedi berdarah itu kembali hangat diperkatakan sejak Dr Mahathir menjawab satu soalan daripada peserta forum 'Nothing To Hide 2.0' pada minggu lalu yang akhirnya mencetuskan kekecohan akibat rasa tidak puas hati.

Dr Mahathir menjadi kecaman pelbagai pihak atas berlakunya tragedi itu apatah lagi ketika itu beliau menjadi Perdana Menteri.

PAS pada beberapa hari lalu menggesa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk mengkaji tragedi berkenaan.

Salahuddin ketika menjelaskan lebih lanjut berkata PAS mengambil kesempatan terhadap tragedi Memali itu sedangkan pimpinan parti itu pada waktu selepas kejadian bersetuju untuk tidak lagi mengadakan sambutan.

"Kita mengadakan sambutan peringatan untuk Ibrahim Libya pada waktu dulu. Kemudian ada mesyuarat bersama Ketua Polis Kedah dan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dan mengatakan untuk menghentikan sambutan ini untuk mengelakkan kekecohan, ketidakpuasan.

"Ia kemudiannya dibawa ke dalam Mesyuarat PAS dan bersetuju menghentikan sambutan. Kemudiannya tahun akan datangnya kita sambut di sekolah yang diasaskan Ibrahim Libya, bukan di Memali," kata Salahuddin. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana