PAS puas hati penerangan Arul Kanda berhubung 1MDB

PAS berpuas hati dengan penjelasan mengenai hutang yang ditanggung 1MDB dan pelan rasionalisasi hutang itu selepas penerangan oleh presiden 1MDBi, Arul Kanda Kandasamy.

Arul Kanda memberikan penerangan kira-kira 2 jam kepada Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan hampir 30 ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu, serta tokoh jemputan seperti bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Secara keseluruhan bagi pihak kami kita berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat Arul khusus pelan rasionalisasi yang telah dicadang beliau bagi mengatasi kemelut berlaku dalam 1MDB,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media selepas sidang meja bulat yang diadakan di Hotel de Palma, Ampang pagi Isnin.

Tuan Ibrahim berharap 1MDB diberi peluang untuk menyelesaikan hutang kerana kelewatan menyebabkan kos faedah yang besar iaitu AS$1.9 bilion setahun.

Tambahnya, Arul Kanda turut menunjukkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB kepada mereka.

Tuan Ibrahim mengulangi gesaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk melihat isu 1MDB, khususnya sebelum Arul Kanda dibawa masuk ke dana milik kerajaan itu.

“Cadangan tersebut telah dikemukakan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pada 13 Oktober 2015. Saya fikir paling awal cetuskan idea RCI diwujudkan dalam isu 1MDB,” tambahnya.

“Kita harap tak banyak campur tangan politik sebab sudah ada pelan telah dikemukakan beliau (Arul).”

Arul Kanda tidak turut serta dalam sidang media PAS dan tidak mahu memberi sebarang ulasan kepada media.

Syarikat kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 1 Ogos memberikan masa 5 hari bekerja kepada 1MDB untuk melangsaikan hutang AS$603 juta (kira-kira RM2.58 bilion) yang gagal dibayar pada 31 Julai.

1MDB dalam kenyataan berkata mereka komited untuk memenuhi obligasi kepada IPIC pada Ogos nanti, tanpa memberikan tarikh khusus.

1MDB berkata semua bayaran kepada IPIC akan dibuat menerusi pelan rasionalisasi 1DMB, di mana ia akan menjual aset.

Menurut 1MDB, kelewatan membayar hutang disebabkan perlu mendapatkan “kelulusan kawalan selia”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana