PAS KEDAH ANGGAP JENAKA MAHFUZ UNTUK KELIRUKAN AHLI, HAKIS KEYAKINAN

PAS Kedah menegaskan tentang pendiriannya untuk tidak sesekali tunduk kepada pujuk rayu Pakatan Harapan untuk menjalin kerjasama politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, pihaknya konsisten dengan keputusan yang diputuskan sebelum ini untuk bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan 15 kerusi Parlimen di negeri ini.

“Sehingga ke saat ini, PAS Kedah bersedia untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen namun ia terpulang kepada kata putus PAS Pusat,” tegas beliau, memetik laporan Bernama, semalam.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen (PAS) Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa beliau menerima maklumat kononnya PAS Kedah, Kelantan dan Selangor sedang memujuk PAS Pusat untuk membenarkan mereka bekerjasama dengan Pakatan Harapan pada PRU ke-14.

Dr Ahmad Fakhruddin dalam kenyataannya turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu “jenaka” yang dipercayai sengaja dilakukan untuk mengelirukan ahli dan penyokong PAS untuk meruntuhkan keyakinan mereka terhadap parti.

“Ia sebagai usaha untuk mengelirukan ahli-ahli PAS serta menghakis kepercayaan ahli kepada kepimpinan parti,” ujar beliau lagi.

Ahmad Fakhrudin menjelaskan bahawa keputusan PAS untuk tidak menjalin hubungan politik dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan atau Barisan Nasional (BN) adalah selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulamak parti itu.

Jelas beliau, sebagai contoh tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang ini sedang dibelenggu dengan pelbagai masalah yang rumit.

PAS Kedah sebelum ini mengumumkan kesediaannya untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen negeri ini selepas pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur selain tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi sewaktu bersama PAS.

Pada PRU ke-13 yang lalu, PAS Kedah bertanding di 24 kerusi DUN sementara DAP bertanding dua kerusi DUN dan PKR 10 kerusi Dun.

PAS kemudian menang di sembilan kerusi dalam PRU ke-13, bagaimanapun parti itu hilang satu kerusi setelah wakil rakyat Pengkalan Kundur, Datuk Phahrolrazi Zawawi menyertai Parti Amanah Negara (PAN). – Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana