PAS DI KEDAH TAK TERGUGAT JIKA 3 WAKIL RAKYAT KELUAR PARTI

PAS menegaskan bahawa parti itu tidak akan terjejas sekiranya tiga wakil rakyatnya di negeri Kedah keluar dari parti dan menyertai Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi berkata, serangan dari dalam oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar terhadap PAS misalnya telah lama diketahui umum dan tidak menghairankan.

“Sebagaimana yang kita ketahui Datuk Mahfuz tu sejak daripada pemilihan 2015 telah pun menyerang PAS. Jadi kalaulah dia keluar bersama dengan Pakatan, tidak akan memberi kesan kepada PAS seperti mana sebelum dia masuk (dilihat mesra Pakatan) sudah melakukan serangan.

“Sedangkan serangan daripada dalam tu lebih pahit untuk diterima, jadi kalau dia keluar pun tak beri kesan,” katanya kepada sebuah portal, Antarapos, semalam.

Difahamkan Che Abdullah ditanya media tersebut berhubung desas-desus yang mendakwa kononnya Mahfuz bersam dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) akan keluar dari PAS.

Khabar angin tersebut dikatakan tercetus gara-gara ketiga-tiga pemimpin PAS itu sering dilihat hadir dan bekerjasama dalam beberapa program serta ceramah anjuran Pakatan Harapan di sekitar negeri ini.

Tindakan tersebut telah mencetus spekulasi kononnya ketiga pemimpin itu berpotensi meninggalkan PAS dan menyertai PPBM atau PAN selepas tempoh bai’ah wakil rakyat PAS yangg diikrar pada PRU ke-13 lalu berakhir.

Namun begitu, dakwaan tersebut hanyalah merupakan khabar angin di peringkat akar umbi dan media sosial selain bertebaran menjadi ‘gosip hangat’ penyokong PAS di negeri ini. -Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana