PAS bertindak segera sahut kenyataan TPM Zahid mengenai Memali…

Ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi pada Ahad semalam,kerajaan sedia tubuh Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) peristiwa Memali jika ada permintaan…PAS terus ambil langkah untuk memastikan ia jadi realiti.

Parti itu telah menubuhkan sbeuah jawatankuasa khas untuk kendali hak berkenaan,membuat permohonan rasmi kepada kerajaan serta membawa waris mereka yang terkorban dalam peristiwa itu jumpa Timbalan Perdana Menteri.

Hal ini dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan Isnin.

Zahid membuat kenyataan itu semasa berucap meramsikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Taiping.

Katanya kerajaan bersedia menubuhkan RCI untuk menyiasat peristiwa Memali sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Beliau berpendapat keadilan perlu ditegakkaan dan orang yang bertanggungjawab terhadap peristiwa itu mesti dipertanggungjawabkan.

Takiyuddin berkata PAS mengharapkan RCI yang akan ditubuhkan nanti dapat menyelesaikan segala kekeliruan tentang peristiwa malang ini dan juga membela nasib dan hak semua pihak yang teraniaya ekoran daripadanya.

"Jawatankuasa khas tersebut akan bertindak segera mengendalikan perkara ini termasuk membawa waris-waris mangsa tragedi Memali bertemu dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, timbalan perdana menteri merangkap menteri dalam negeri dalam waktu terdekat bagi mengemukakan aduan rasmi memohon RCI ditubuhkan dan dijalankan seberapa segera memandangkan tragedi ini telah berlaku 32 tahun yang lalu,”katanya.

Peristwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang awam penyokong PAS di Baling dan empat anggota polis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana