PAN SINDIR, PERLEKEH KEMENANGAN AWAL PAS SAMAN SARAWAK REPORT

“Kemenangan kecil” Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kes saman terhadap pemilik portal berita Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, disindir dan dipandang sinis oleh Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (PAN), Hanipa Maidin.

Ahli Parlimen Sepang yang juga merupakan seorang peguam itu menyindir PAS sebagai “parti suci” dan kekalahan Sarawak Report yang diperintah membayar sebanyak £15,000 (kira-kira RM84,000) itu sebagai suatu yang biasa.

“Oleh kerana Sarawak Report kalah dalam permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya parti suci membayar security for cost, maka mereka kena bayar kos permohonan itu seperti yang dilaporkan.

“Itu biasa.. tiada yang luar biasa,” katanya memetik sebuah portal pro-pembangkang, semalam.

menurut undang-undang, terdapat satu frasa “cost follows the event” yang bermaksud pihak yang kalah perlu membayar kos kepada pihak yang menang dan jumlah wang yang diperolehi Abdul Hadi itu hanya melibatkan jumlah yang kecil sahaja.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang ulasan darinya berhubung kehendak Clare yang ditolak mahkamah di London di mana dia mahu Abdul Hadi diperintah membayar kira-kira RM4.5 juta wang jaminan keselamatan dalam bicara tersebut.

Sebaliknya, Abdul Hadi hanya diminta membayar sebanyak RM80,000 sahaja wang deposit prosiding berkenaan berbanding RM4.5 juta seperti yang diminta pengendali Sarawak Report itu.

Clare sebelum ini dalam satu artikel menuduh Abdul Hadi kononnya menerima wang rasuah dari Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dari sumber syarikat 1MDB yang berjumlah RM90 juta.

Abdul Hadi dan PAS berikrar untuk mengheret portal yang menjadi rujukan utama pemimpin pembangkang itu ke muka pengadilan meskipun terpaksa meredah benua Eropah bagi membersihkan nama dan imej parti.

Sarawak Report sebelum ini menjadi rujukan utama pihak pembangkang, khususnya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sering memetik sumber dari portal tersebut untuk menyerang kepimpinan kerajaan Malaysia.

Seorang warga tempatan yang merupakan bekas pengarang dan editorial Sarawak Report, Lester Melanyi sebelum ini mendedahkan bahawa dia pernah dipaksa Clare untuk menulis artikel dari fakta palsu dan dokumen yang telah diubah suai dipercayai untuk tujuan politik pihak tertentu.

Namun begitu, pengaruh politik yang ada pada Mahathir sebelum ini telah mengaburi segelintir rakyat Malaysia untuk percaya pada tohmahan portal tersebut yang dikatakan sengaja direka bagi mencetus kebencian terhadap kepimpinan parti yang enggan tunduk pada Pakatan Harapan, termasuk UMNO dan PAS. – Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana