Pakatan Harapan Akan korbankan Perjuangan Islam Dan Kepentingan Melayu....Ingat DAP Hanya Mahukan Kuasa Saja

DAP Ketika hanya diamkan diri saja....sebabnya matlamat hanya nak jatuhkan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional saja dahulu....Bukan kita taidak tahu politik DAP tidak akan menerima Islam dan Majoriti Dalam PH ini adalah Politik DAP yang kuasai kerusi dalam PARLIMEN.Jadinya Melayu dalam PH akan ikut saja....Berani ker Melayu dalam PH nak bersuara?DAP buat ugutan saja terus kecut telor takut hilang kuasa.Jadinya ikut sajalah cara DAP.
Melayu PH plak akan kata habis MCA dan MIC apa.....?Jangan lihat itu tengok Majoriti dalam Kerusi Parlimen tu.Siapa yang majoriti...pakai lah Akal skit.Melayu dalam PH hanya berapa kerusi saja yang ada...?

Kami mahu mengingatkan rakyat supaya menolak pakatan pembangkang pimpinan DAP 'yang anti-perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputera'.

Struktur Organisasi Harapan yang baru diumumkan baru-baru ini juga telah memberikan kerusi empuk kepada DAP agar tidak terlalu menonjol sehingga menjejaskan sokongan undi Melayu.

Lihat sahaja perjuangan yang dilakukan PKR selama ini, menurut Bahagian II Fasal 5 Perlembagaan ‘Parti Keadilan Rakyat’ menyebutkan: (5.4) Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua.

Perjuangan berasaskan kebebasan atau disebut juga sebagai fahaman liberalisme adalah fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam. Adakah mereka ini yang perlu kita sokong dan perlu kita contohi?

Manakala perjuangan DAP pula yang merupakan sebuah parti demokratik sosial berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.

Parti ini berterus terang tentang agenda perjuangan mereka yang bertunjangkan ideologi Sosialis, yang sudah pasti bercanggah dengan sistem hidup yang dibawa oleh Islam.

Slogan-slogan tentang “kebebasan”, “demokratik”, “keadilan”, “kesaksamaan sosial”, “kesaksamaan ekonomi” hanyalah sekadar slogan sahaja. Slogan ini juga tidak pernah berjaya dipraktikkan di alam nyata dalam mana-mana negara sosialis sekalipun.

Sekiranya ada sekalipun, ia akan berjaya dilaksanakan setelah fitrah insan itu ditekan dan dibelenggu, sama ada melalui undang-undang atau sebaliknya.

Mana-mana sistem hidup atau ideologi yang bercanggah dengan fitrah insan (yang begitu dilindungi dan dimuliakan oleh Islam) tidak akan berjaya untuk satu tempoh yang berpanjangan.

Persoalan yang segera timbul ialah dari segi pertimbangan Syara’, bagaimanakah seseorang Melayu Muslim boleh merasionalkan tindakannya untuk menyertai parti DAP yang ideologi, dasar dan prinsipnya amat bercanggah dengan Islam?

Juga, bagaimana para pendokong dan penggeraknya (sekiranya mereka beragama Islam) tergamak mempertahankan DAP, apatah lagi menjadi benteng yang menyelamatkan DAP dari “serangan” umat Islam?

Hujah bahawa DAP itu kafir, tidak faham Islam, perlu lebih banyak berdakwah secara hikmah, harmoni dan sejahtera, not-yet-Muslim hanyalah satu alasan mudah untuk menjustifikasikan hasrat kamu semua untuk berdampingan dan mengejar pengiktirafan dari pihak musuh disamping menjayakan agenda politik sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana