Pakatan Bakal Diketepikan Oleh BN Di Selangor Pada #PRU14...Jangan Terkejut Jika Benar Benar BErlaku

Isu-isu yang semakin banyak tidak diselesaikan di Selangor khususnya melibatkan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali akan menjadi sebab pakatan pembangkang akan kalah di negeri itu kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Tindakan beliau terus menerus membiarkan isu di negeri Selangor bertambah tanpa diberikan penjelasan membuatkan rakyat sudah semakin jelas melihat kegagalan parti PKR di negeri itu.

Itulah asas kepada ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Shah Alam, semalam.

Najib yang juga Presiden UMNO mahu BN menang di kawasan Parlimen Shah Alam kerana jika menang di situ, BN akan berjaya menang menawan kembali Selangor.

Katanya, usaha untuk mendapatkan kembali Selangor perlu bermula di Shah Alam kerana kedudukannya sebagai ibu negeri. Kehadiran Najib ke sana adalah untuk membawa mesej politik bahawa ada perubahan mesti dilakukan jika mahu kembali berkuasa di Selangor.

“Memang tujuan saya tidak lain tidak bukan untuk menghantar satu mesej politik. Kalau kita nak BN kembali berkuasa dan menerajui Selangor, perubahan itu mestilah lahir, berputik dan seterusnya berkembang menjadi gelombang kuat bermula di Parlimen Shah Alam ini.

“Umpamanya menang di Shah Alam menanglah di Selangor. Kita sebagai sebuah parti mestilah melakukan perubahan yang dituntut oleh masyarakat umum kerana dalam demokrasi berparlimen, ia bergantung kepada game of numbers (jumlah undi).

“Justeru, dalam kita mahu menjamin kejayaan, kita mesti letakkan minda kita ini seperti parti pembangkang.

“Dan sebagai parti pembangkang (di Selangor), kita tidak seharusnya dalam zon selesa,” katanya dalam ucapan itu.

Isu tanah di Paya Indah Wetland, isu kubah Masjid Shah Alam dan juga isu pintu gerbang Kota Darul Ehsan semuanya masih tidak dijawan sehingga hari ini.

Isu yang cuba disorok oleh Azmin tapi bawa lebih banyak keretakan pakatan di Selangor ialah isu dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) kerana ia beri kesan langsung kepada rakyat yang sepatutnya dapat faedah tapi gagal kerana salah guna kuasa dalam kerajaan negeri.

Azmin juga gagal menubuhkan organisasi Pakatan Harapan (PH) seperti yang negeri lain lakukan dek kerana di Selangor atas sebab politik, gabungan Pakatan Rakyat (PR) masih ada kerana mereka tak nak kehilangan kerusi kalau gabungan itu dibubarkan.

Penyokong pembangkang di negeri itu pun sudah bosan kerana kegagalan Azmin menyelesaikan masalah dalam negeri. Sudha dua kali pembangkang diundi perintah Selangor, tapi kerana gagal, mereka suka-suka hari menukar Menteri Besar sampai terpaka buat Pilihan Raya Kecil (PRK).

Kalau dipilih kali ketiga, entah apa lagi hendak ditukarnya sampai kepada sanggup memperlekehkan pemerintahan baginda Sultan Selangor dalam masalah politik mereka.

Di Selangor, sudah cukup macam-macam isu, isu tidak hormat Sultan, isu kurang ajar, tindas rakyat dan paling teruk berdiam diri bila didesak beri penjalasan.

BN perlu hadir dan menang di Selangor untuk kembali membangunkan negeri itu seterusnya kekal mentadbir Selangor demi kebaikan rakyat. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana