ORANG ISLAM ADALAH “SYAITAN” DARI KACA MATA DAP?

Masihkah anda ingat kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Professor P Ramasamy? Beliau mengelar pendakwah Islam Zakir Naik sebagai syaitan. Kemudian beliau mengubah sedikit sahaja kenyataan tersebut namun maksudnya tidak jauh berbeza,

Ramasamy mendakwa Zakir hanya mahu menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam di negara ini. Beliau juga menggesa rakyat Malaysia, khususnya pertubuhan India dan agama Hindu supaya membuat laporan polis terhadap Zakir.

Islam adalah agama rasmi Malaysia. Macamana pula berdakwah menyebarkan agama Islam boleh dianggap sebagai menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam di negara ini? Tetapi itulah pembangkang. Itulah Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Bagi mereka, Islam seolah-olah musuh utama sedangkan ianya agama rasmi Malaysia.

Bayangkan sekiranya mereka diberi kesempatan merampas negara kita, apa yang akan terjadi kepada orang Melayu yang berpegang teguh kepada agama Islam? Adakah kita akan dianggap sebagai pengganas seperti kerajaan India terhadap Zakir Naik?

Kerajaan India membuat permohonan notis merah kepada Interpol terhadap Zakir Naik. Times of India hari ini melaporkan Zakir dalam surat kepada Interpol berkata beliau tidak menganjurkan jihad dan dianiaya kerana beragama Islam.

Zakir Naik mendakwa semua ucapannya hanya mempromosikan keamanan dan tidak pernah menganjurkan keganasan atau jihad. Zakir juga berkata beliau menyampaikan ucapan mengenai Islam sejak 25 tahun lalu di beberapa negara dan dirinya dihormati dan dialu-alukan di negara berkenaan. Laporan itu juga berkata Interpol sudah memaklumkan semua negara, termasuk Arab Saudi, yang India sudah membatalkan pasport Zakir Naik. Terdahulu, ada laporan mengatakan Arab Saudi memberikan pasport kepadanya.

 Kes yang menimpa Zakir Naik ini perlu dijadikan pengajaran kepada orang Melayu di negara kita. Jika Malaysia jatuh ke dalam tangan pembangkang maka kita akan merempat di negara sendiri. Kita akan dilabelkan sebagai penganas hanya kerana kita beragama Islam.

Memang tak kan Melayu hilang di dunia cuma yang kita paling khuatir apabila Melayu yang ada hanyalah boneka dan Ali Baba sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana