Nak bertanding atau bersara... Shahrir serah pada UMNO Johor

Empunya badan sudah bersuara...Tan Sri Shahrir Abdul Samad, tak tunggu lama untuk respon 'bisik-bisik' Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak supaya beliau kekal sepenggal lagi bertanding di kerusi Parlimen Johor Bharu.

Menurut Pengerusi Felda itu, beliau menyerahkan kepada Badan Perhubungan UMNO negeri membincangkan kedudukannya sama ada terus bertanding kerusi Parlimen Johor Bahru pada PRU-14.?

“Ini kerana apa pun saya harapkan perubahan dalam parti, kerana ia (perubahan calon untuk kerusi Parlimen Johor Bahru) adalah mustahak untuk masa depan parti.?

“Dalam soal pemilihan calon ikut selera pengundi yang mana empat faktor diambil kira iaitu integriti, dikenali, berkelulusan akademik serta faktor usia,” katanya.?

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru yang dirasmikan Perdana Menteri di Hotel Holiday Villa sebentar tadi.?

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.?

Najib dalam ucapan semasa persidangan berkenaan berharap Shahrir tidak akan berundur sekali gus terus mempertahankan kerusi parlimen kawasan itu pada PRU-14.?

Jelasnya, harapan itu disuarakan kerana yakin dengan ‘Shahrir factor’ yang disifatkan sebagai satu sebab mengapa Johor Bahru masih kekal milik UMNO dan Barisan Nasional (BN).?

Selain itu, Menteri Besar turut menyuarakan hasrat sama namun pada masa sama menyatakan UMNO Johor akan menghormati apa juga keputusan beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana