NAJIB SATU-SATUNYA MENTERI PENDIDIKAN DALAM DUNIA BELI KAPAL SELAM? MAHATHIR BODOHKAN RAKYAT LAGI

BELI kapal selam, bukan macam beli kapal mainan, ini nak kena faham. Bertahun-tahun lamanya masa diperlukan untuk menjayakan proses pembelian tersebut.  Senjata, sensor, berapa besar, berapa panjang. iklim dan persekitaran, semua ini perlu diambil kira.

Maka itu masuk akallah bila ada bukti menunjukkan bahawa proses pembelian kapal selam pertama negara, Scorpene bermula sejak tahun 1995 – tahun Datuk Sri Najib Tun Razak masih menjadi Menteri Pendidikan.

Najib dilantik kembali menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 2001 dan setahun selepas itu, perjanjian pembelian Scorpene+Agusta 70B untuk tujuan latihan,  ditandatangani. 7 tahun proses bincang untuk beli kapal selam (dari 1995), memang masuk akal.

Justeru tak logik Mahathir tuduh Najib bersendirian buat keputusan beli kapal selam Scorpene tanpa pengetahuan kabinet.  Masa proses perbincangan bermula beliau hanya Menteri Pendidikan, kuasa apa yang ada padanya untuk beli kapal selam?  Beli kerusi meja untuk sekolah bolehlah.



Tapi tak tahulah pulak kalau Mahathir selepas ini mendakwa pada zaman dia memimpin negara ini, Menteri Pendidikan memang diberi kuasa membeli kapal selam!!  Maklumlah orang dah kantoi menipu, apa benda tak masuk akal dalam dunia akan terfikir oleh dia.

Mahathir patut berhenti menganggap semua rakyat Malaysia ni bodoh.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment